Hutan Aokigahara ialah hutan yang menjadi magnet individu yang ingin membunuh diri di Jepun. Setiap tahun puluhan mayat dan rangka dibawa keluar dari hutan angker yang terletak di kaki Gunung Fuji.
Selain dipenuhi mayat orang yang membunuh diri, hutan ini juga mempunyai banyak arca seram. Terdapat pelbagai cerita tahyul yang mengatakan Aokigahara adalah tempat iblis (Oni) tinggal dan ini membuatkan ramai orang akan membunuh diri.
Kini, filem baru bertajuk The Forest yang menggunakan Aokigahara sebagai latar belakang.
Sinopsis
Berlatar belakangkan Hutan Aokigahara, Jepun yang mana merupakan tempat orang menamatkan hidup mereka di situ. Seorang wanita Amerika, Sara, telah ke tempat tersebut bagi mencari kembarnya yang hilang secara misteri. Walaupun ramai orang memberi amaran kepadanya supaya tidak melalui tempat itu, namun Sara memberanikan diri masuk ke hutan untuk mencari kebenaran mengenai nasib kembarnya itu. Bagaimanapun dia terpaksa berdepan dengan roh-roh yang marah dan akan menyerang sesiapa yang melalui tempat mereka.
- Bahasa: Inggeris
- Klasifikasi: NA
- Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
- Genre: Seram
- Durasi: NA
- Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
- Pelakon: Natalie Dormer, Taylor Kinney, Eoin Macken
- Pengarah: Jason Zada
- Format: 2D