Merupakan kawan baik kepada Kendall Jenner, Gigi Hadid yang baru berusia 20 tahun merupakan seorang model dan personaliti TV Amerika.
Diusia muda, Gigi telah dinamakan sebagai salah seorang daripada 12 rookies untuk Sports illustrated 2014 malah pernah membuat penampilan dalam The Real Housewives of Beverly Hills.
Gigi juga telah muncul dalam majalah seperti VMAN, Elle, Grazia, Cleo, Vogue, Sports Illustrated, Paper Magazine dan Schön! Magazine. Pada tahun 2012, beliau dipilih sebagai wajah baru Guess.
Bukan itu sahaja, berkat rambutnya yang blonde dan tubuh badan yang agak curvy, Gigi memulakan kerjaya menjadi model majalah Sports Illustrated: Swimsuit Edition. Bahkan Gigi juga berpeluang memperagakan fesyen dari label mewah di New York Fashion Week seperti Tommy Hilfiger, Michael Kors, dan Jeremy Scott.
Imej – Carian Google