Berapa ramai diantara anda yang menyedari tentang risiko Demam Kepialu? Yang pasti, segalanya bermula daripada kebersihan tangan. Tangan adalah bahagian tubuh badan manusia yang sering menjadi habitat pembiakan kuman. Jika anda dapat melihat mikro-organisma kuman dan bakteria dengan mata kasar, anda pasti tidak akan melengahkan penjagaan kebersihan diri.
Jenama anti-kuman terkemuka negara, Antabax telah menjalankan satu kempen bagi menerapkan nilai kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan keburukan virus Demam Kepialu yang melanda tanah air sejak akhir-akhir ini. Ia adalah sejenis jangkitan penyakit yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhi dan bisa mengancam nyawa manusia.
Melalui sumber akhbar sahih, sejumlah 94 kes Demam Kepialu telah dicatatkan di sekitar tujuh buah negeri seluruh Malaysia sepanjang Januari hingga 20 Oktober lalu.
Pesakit bertindak untuk membawa bakteria berkenaan melalui aliran darah dan ususnya. Walaupun pesakit telah disahkan sembuh, virus dan bakteria itu tidak akan hilang serta merta. Pesakit akan terus membawanya dalm tubuh. Pesakit mengeluarkan kuman Kepialu melalui najis.
Rangkaian produk penjagaan diri antibakteria inovatif dan diyakini, Antabax, bisa membantu menghindarkan diri anda daripada kuman yang berbahaya. Amalan kebersihan yang teratur dan dijaga rapi adalah langkah pertama untuk menjamin kesihatan diri yang unggul.
Oleh itu, Antabax kini mengambil insiatif dengan menawarkan maklumat ringkas serta fakta informasi berguna tetang langkah dan cara pembersihan tangan dalam tujuh langkah menerusi halaman FB rasminya. Boleh dilihat disini.
Diingatkan supaya anda membasuh tangan dengan bersih selepas menggunakan tandas, sebelum dan selepas makan di samping memastikan agar air dimasak sebelum diminum. Elakkan juga pengambilan makanan mentah, makan dikedai atau gerai yang tidak dikendalikan dengan baik, basuh buah-buahan serta sayur-sayuran sebersih-bersihnya sebelum dimakan. Jika anda mahu lebih selamat, sila dapatkan suntikan vaksin bagi mencegah virus berkenaan.
Sayangi diri anda, ambil masa tidak sampai 20 saat untuk membasuh tangan untuk bantu diri kekal lebih sihat.
Antabax ada menawarkan rangkaian produk antibakteria lengkap yang berkesan merangkumi mandian tubuh, buih pembersih tangan, sabun, gel pembasmi kuman tangan, penyembur dan tisu basah pembersih bagi memenuhi keperluan kebersihan harian diri anda. Dapatkan produk Antabax di mana-mana farmasi atau pasaraya berdekatan sekarang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lamsoon.com.my