The Gear S2 telah memberi pandangan yang luas mengenai rekaan berinovatif yang ditemani fungsi bergaya semenjak ia diperkenalkan di IFA 2015, Berlin. Perbezaan yang paling jelas kelihatan adalah melalui paparan bundar dan bezal berputar -bertindak mengawal UX (User eXperience) dimana ia secara tidak langsung telah membawakan suatu pembaharuan buat jam tangan berteknologi itu agar tampak ringkas serta lebih intuitif.
Jika sebegitu hebat hasil rekaannya, jadi siapakah yang telah menjadi tunjang kepada ciptaan Samsung yang berprestij ini?
Dimensi baharu telah muncul. Setiap rekaan disisipkan dengan saiz ketepatan yang bisa terletak rapi diatas pergelangan tangan pemakainya. Sesuai juga untuk dipakai bila-bila masa dan dimana jua. Pereka menyedari bahawa ianya penting untuk membuatkan ianya selesa untuk si pemakai, lalu memfokuskan kepada dua elemen penting iaitu saiz optimum untuk paparan jam dan gegelang yang cocok untuk semua.
Maklum sahaja, pergelangan tangan setiap manusia itu berbeza-beza. Samsung setiasa peka menghasilkan satu peranti yang mesra pengguna. Gear S2 memang direka mengikut kesesuai buat semua.
Menghasilkan jam tangan yang mempunyai perincian dan fungsi seperti telefon pintar, disamping harus memastikan keselesaan pemakaiannya bukanlah sesuatu yang mudah. Kajian dilakukan, ujian demi ujian dijalankan bagi menghasilkan yang bermutu. Akhirnya, para pereka menemui jalan yang terbaik. Ruang antara paparan jam dan sambungan gegelang tangan dikecilkan, menghasilkan kemuatan yang lebih efisyen.
Aspek terkemuka yang ditonjolkan oleh Gear S2 adalah rekaan bezel berputarnya. Sebelum ini bezel berputar hanya digunakan oleh jam analog. Jam yang direka khas buat penyelam juga dilengkapi teknologi bezel berputar, ianya khusus membolehkan penyelam mengetahui masa yang berlalu. Tetapi, apabila Samsung bangkit untuk mengetengahkan bezel berputar ke dalam sistem Gear S2, ianya umpama kehebatan yang tiada tandingan.
Memandangkan jam berkenaan berbentuk bulat dan agak kecil, agak sukar untuk menyentuh skrin menggunakan jari kerana jari mungkin akan menghalang pandangan terhadap paparan tersebut. Oleh itu, sistem bezel berputar diterapkan didalam rekaan Gear S2 yang ini agar rekaannya lebih kemas disamping para pengguna tidak perlu menyentuh skrin menggunakan jari, hanya perlu memutar bezel bagi melancarkan pergerakan paparan.
Tonton pautan video Gear S2 yang dilengkapi fungsi bezel berputar
Segala apa yang anda mahukan ada pada Gear S2. Kebanyakan jam pintar hanya membolehkan pengguna mengakses muzik, komunikasi dan penjagaan kesihatan semata. Berlainan dengan Gear S2 dan Gear S2 Classic.
Apa yang menarik, jam tangan pintar keluaran Samsung ini membolehkan pemakainya merekod aktiviti harian selama 24 jam, notifikasi bisa dikawal dengan hanya menaikan tangan atau melalui fungsi kawalan bezel berputar sahaja.
Selain itu, terdapat juga fungsi dan ciri transaksi langsung melalui Samsung Pay. Ia memastikan pembayaran mudah alih yang selamat dan tangkas, jadi tidak perlulah anda bersusah payah membawa duit yang banyak di dalam dompet selepas ini.
Gear S2 dan Gear S2 Classic ini juga telah diatur supaya dicas tanpa perlu menggunakan sambungan wayar.
Kumpulan pereka memang ingin menghasilkan yang terbaik, disamping penggunaan bezel turut akan memudahkan segala-galanya.
Jam gegelang sudah menjadi antara koleksi kegemaran ramai jika hendak dibandingkan dengan rekaan jam bertali kulit ataupun bertali besi kerana gayanya lebih ranggi dan tampak lebih santai. Sudah semestinya Gear S2 dan Gear S2 Classic adalah jam tangan yang sesuai untuk digayakan sehari-hari.