Kaca mata berfungsi menyumbang daya penarik di dalam sesuatu pengayaan fesyen. Sehubungan itu, BOSS kini melancarkan koleksi kaca mata baru, khas untuk musim Luruh/Sejuk 2015.
Seleksi yang pelbagai membuka pilihan yang lebih menarik untuk para pengemar fesyen diluar sana. Kaca mata hitam serta bingkai optikal yang selari dengan trend fesyen masa kini mengetengahkan pula rekaan yang jauh lebih estatik, mampu menonjolkan sisi elegan jenama berprestij -BOSS.
Buat si pria, dengan menggabungkan kesemua elemen penting dalam sesuatu ciptaan inovasi, kaca mata hitam dan bingkai optikal untuk lelaki diserikan dengan teknik perekatan yang bermutu. Disamping itu, warna yang digunakan adalah berpaksikan ilham moden yang terdiri daripada penggunaan kombinasi warna terkini seperti lut sinar sehinggalah kepada nuansa warna Havana.
Perinciannya pula lebih kepada ciri yang tersendiri di mana plak logam dan pin yang digunakan untuk menghiasi penjuru bingkai lebih halus.
Kedua-dua rekaan untuk lelaki ini terdapat dalam warna: Havana/Biru/Kelabu,Hitam/Kelabu lut sinar, warna tanah dan Havana berbelang/Hijau buah zaitun.
Manakala untuk wanita, rekaan kaca mata bersegi dan bingkai berbentuk bulat didatangkan dalam rekaan dwi-lapisan yang disisipkan dengan sentuhan gaya moden serta klasik. Pilihan warna yang ada adalah sangat berpadanan dengan musim sejuk yang sedang berlangsung kini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hugoboss.com