Tidak dinafikan, semua gadis dan wanita di luar sana pasti selalu berangan untuk berada di atas peragaan pertunjukan fesyen Victoria’s Secret.
Victoria’s Angels adalah golongan supermodel sempurna yang tidak hanya menjadi kegilaan para pria, malah juga para wanita umumnya yang selalu mengimpikan gaya glamour dan ingin sentiasa kelihatan cantik seperti Miranda kerr, Behati Prinsloo, Candice Swanepoel, Alessandra Ambrosio, Taylor Marie Hill, Adriana Lima dan ramai lagi.
Setiap langkah di atas pentas peragaan dipacu dengan penuh rasa keyakinan, Victoria Angels adalah idaman semua!
Baru-baru ini, Victoria’s Secret dengan bangganya mengumumkan wangian baru mereka -Dark Angel (Warm) yang selari dengan siri wangian Victoria’s Secret Angel kegemaran ramai terdiri daripada Victoria’s Secret Angel Original (Floral) dan Victoria’s Secret Angel Gold (Fruity Floral).
Dark Angel lebih memukau, diinspirasi daripada bauan ringan dan ghairah. Menampilkan ciri yang disebati dengan nota bau-bauan pelbagai terdiri daripada bunga Almond, nektar mangga dan latte karamel sekaligus bantu menyerlahkan sifat seksi diri anda!
Gabungan yang cukup serasi untuk sesebuah wangian. Manis dan ghairah, mencetuskan ciri kesucian serta pengembaraan.
Selain itu, rekaan botol dark Angel ini juga diselimuti warna hitam dan ombre merah jambu yang tampak nakal.
Terdapat dalam saiz botol wangian 50ml dan 100ml. Manakala 7ml untuk wangian Dark Angel dalam botol genit rollerball. Bagi losyen wangian pula hanya terdapat dalam saiz 250ml.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.victoriassecret.com