Kotex, jenama produk penjagaan feminin yang terkemuka di Malaysia kini berkolaborasi bersama HOPE Wordlwide Malaysia.
HOPE Worldwide Malaysia adalah merupakan badan persendirian yang aktif menjalankan kebajikan sekitar Malaysia. HOPE Worldwide ini juga mempunyai cawangan persatuan kebajikan di hampir 100 buah negara seluruh dunia.
HOPE bersama dengan Kotex teguh melancarkan kempen “Pass the Protection” bagi menerapkan nilai moral dan ihsan terhadap sesama wanita muda demi menyokong sahabat, adik-beradik perempuan, rakan sekerja dan para wanita yang berada disekeliling.
Kempen ini juga bertujuan menyokong dan memperkasa para gadis Malaysia terutamanya, untuk mengharungi kehidupan harian yang penuh dengan cabaran melalui jalinan semangat kolektif persaudaraan.
“Kotex sentiasa memahami di mana remaja perempuan dalam lingkungan umur 18 – 24 tahun adalah yang paling ramai berada dalam situasi awal untuk mengorak langkah kehidupan baharu mereka. Kami mahu mencipta satu ekosistem bagi menyokong dan sentiasa menemani anak-anak muda ini berdasarkan semangat persaudaraan yang jitu”, jelas Danny Tan, Pengarah Urusan. Kimberly Clark Malaysia.
Dengan hanya satu klik ringkas di atas butang yang terdapat pada laman mikro kempen “Pass the Protection” ini , seseorang bisa berkongsi panduan kehidupan yang mungkin akan membantu gadis-gadis lain diluar sana untuk mengharungi sesuatu pengalaman hidup penting.
Setiap kali seseorang berkongsi tips penting berkenaan pengalaman kehidupan di laman berkenaan, rakan mereka itu bukan sahaja akan menerima nasihat semata-mata, malah juga berpeluang mendapat sumbangan tuala wanita daripada Kotex.
Pautan Video: Pass the Protection
Melalui inisiatif ini, Kotex ingin menjadi pemangkin gerakan, yang mana anak-anak gadis Malaysia ini juga boleh menguasai dunia dengan penuh keyakinan.
Sehingga kini, seramai 1193 gadis telah berjaya menyertai kempen laman web berkenaan. Jumlah penyertaan yang menyertai kempen ini pada akhir nanti akan dikira sebagai jumlah tuala wanita Kotex Overnight yang akan disumbangkan kepada para gadis yang memerlukan, melalui badan kebajikan HOPE Worldwide Malaysia.
Untuk sertai komuniti Kotex -Pass the Protection, sila layari www.kotex.com.my/passtheprotection atau lawat Facebook rasmi Kotex Malaysia di www.facebook.com/KotexMalaysia