Media sosial lazimnya berfungsi sebagai medium yang membawa kemudahan bagi menyediakan maklumat secara langsung kepada manusia sejagat masa kini. Tetapi, tanpa disedari, ia juga sebenarnya bisa memberi pengaruh negatif yang mungkin menjejaskan diri kita.
Trend ataupun ikutan masa kini sering menjadi topik yang tidak akan habis dicanang. Saban hari ada sahaja ikutan baharu yang disebar melalui media sosial mahupun liputan internet yang meluas sekaligus mampu menarik perhatian masyarakat dari segenap pelusuk dunia.
Berikutan trend ganjil yang semakin menular, baru-baru ini tersebar satu video viral yang membuatkan masyarakat tanah air tertanya-tanya apakah yang cuba dilakukan oleh individu yang terlibat. Video yang berdurasi selama tidak sampai 50 saat itu memaparkan dua sekawan yang sedang menuruni eskalator di sebuah pusat membeli belah terkemuka Berjaya Times Square berhampiran Pusat Perkhidmatan U Mobile sambil cuba melakukan aksi “phone pinching”.
Video tersebut dipercayai dirakam oleh seorang individu yang sengaja mahu mencabar rakannya kerana telah kalah dalam suatu pakatan, lalu memaksa rakannya itu melakukan aksi “phone pinching” dengan memegang iPhone hanya menggunakan jari telunjuk dan ibu jari sahaja.
Seperti biasa, malang tidak berbau, dengan tidak sengaja telefon mahal berkenaan telah terhempas dek kerana terlepas daripada gengaman si pelaku tatkala sedang heboh bergurau.
Sedikit sebanyak, fenomena ini pastinya mengundang pelbagai reaksi para pengguna media sosial dari seluruh pelusuk dunia. Apa pendapat anda?
Pautan Video: Aksi Ekstrem Cabaran “Phone Pinching”