Para kepimpinan budaya dari kedua buah negara iaitu dari Malaysia dan Singapura bakal terlibat dalam satu siri forum mesra pada 12 Disember 2015 ini yang dianjurkan oleh TITIAN BUDAYA, bertempat di Black Box, Publika.
Festival ini diadakan bagi menyambut persahabatan antara Malaysia dan Singapura yang ke-50, dibawakan khas oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Singapura (MCCY), disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama CulturalLink Singapura.
Bicara Titian Budaya (BTB) adalah persidangan satu hari yang akan menampilkan beberapa aktiviti perkongsian ilmu seperti bual bicara serta perbincangan untuk mendalami pengetahuan dan pemahaman tentang penglibatan kreatif, serta memudahkan rangkaian dan pembelajaran antara merentas sempadan Singapura dan Malaysia institusi sosio-budaya.
Antara orang besar yang terlibat menjadi moderator dan penceramah dalam acara sosio-budaya berprestij ini adalah Alvin Tan (Singapura), pengarah The Necessary Stage, yang telah banyak menerima penghargaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pelakon, penulis, pengarah dan pengarah artistik dari Malaysia, JO Kukathas pula terkenal dengan sifat komitmennya dalam menempatkan cerita-cerita Malaysia diatas pentas disamping banyak membuat kolaborasi kerjaya bersama Singapura. Antara anugerah yang pernah dirangkul oleh beliau adalah termasuk Melbourne USA State Government Directors’ Award, Nippon Foundation, dan the Australian High Commission Directors’ Award and Grant.
Selain itu, bagi menjadi panel diskusi adalah AKM Mohsin dari Singapura yang merupakan pengarah Banglar Kantha iaitu platform bagi memberi peluang pekerja asing yang tidak tahu bagaimana untuk menyuarakan pendapat dengan memberi mereka sedikit sebanyak pengisian melalui puisi, prosa, pendapat serta persembahan.
Ramai lagi ahli bijaksana yang menumpu kepada bidang seni persembahan artistik, komuniti kebajikan masyarakat, penulis, pengkritik, pembikin filem serta ketua belia yang akan berkumpul bagi menyebarkan ilmu berguna kepada masyarakat sejagat terutamanya bagi menyemai perpaduan persaudaraan antara Malaysia dan Singapura.
Agensi perundingan seni dan pengurusan CultureLink yang berpangkalan di Singapura begitu komited dalam menyokong aktiviti sebegini. “Bicara Titian Budaya secara tidak langsung berfungsi untuk membuka mata orang ramai, merenung apa yang dimaksudkan dan apa yang diperlukan untuk membina hubungan budaya dua hala, rangkaian dan ‘jaring’ untuk menyokong, melibatkan diri, dan mengekalkan masyarakat yang pelbagai”, jelas Soh Ching Lee, Eksekutif & Pengarah Artistik CultureLink Singapura, yang juga merupakan produser Kreatif untuk TITIAN BUDAYA.
Bicara Titian Budaya berfungsi sebagai wadah untuk sambungan baru yang akan dibuat dan bagi masyarakat yang sedia ada kini untuk terus berkembang dalam dunia yang bersatu-padu.
Untuk meyertai forum persidangan Bicara Titian Budaya, sila buat tempahan serta pendaftaran individu www.eventbrite.com. Pendaftaran awal akan menerima tiket percuma untuk ke acara Malam Titian Budaya di Dewan Filharmonik Petronas pada 8 Disember 2015 (hanya untuk 30 pendaftar paling awal). Untuk maklumat lanjut, sila layari titianbudayasg.com