Disember? Bila hujung tahun menjelma, tandanya sudah tiba untuk anda membeli-belah pada harga yang paling syok! Banyak gedung dan pusat membeli-belah seluruh Malaysia akan berlumba-lumba mengadakan jualan murah akhir tahun atau jualan penghabisan.
Bersempena musim perayaan yang menjelang pada hujung Disember ini juga, Manis oleh Ebizu iaitu satu aplikasi yang menawarkan servis ganjaran kini baru sahaja melancarkan ciri Snap & Earn. Program loyalty ini adalah khas buat pelanggan Malaysia, di mana para pengguna hanya perlu mengambil gambar resit pembelian mereka keatas apa sahaja barangan menggunakan telefon pintar, setelah itu, perlu mengumpul mata dan pengguna boleh menebus pelbagai baucar segera.
Disamping itu, para pengguna aplikasi Manis yang dikasihi juga berpeluang untuk merebut iPhone 6S model terbaru jika mereka menyertai peraduan Snap & Win yang akan berakhir pada 23 Disember 2015 ini.
Rohit Maheswaran, Pengasas dan Ketua Pegawai Produk di Ebizu berkata, “Perbelanjaan yang semakin meningkat secara tidak langsung akan membuatkan ekonomi global lebih telus! Kami berharap dengan inisiatif baru yang kami lakukan melalui aplikasi Manis ini akan memberi lebih kebahagian kepada para pengguna Malaysia menjelang akhir tahun 2015. Selamat Menyambut Hari Perayaan!”
Tentu lebih seronok apabila setiap kali anda membeli, setiap kali itu jugalah anda akan menerima mata ganjaran dan dapat menebusnya dengan hadiah yang lebih menarik! Sertai peraduan Manis Snap&Win sekarang! Aplikasi Manis oleh Ebizu boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Pautan Video: Panduan Sertai Peraduan SNAP & EARN bersama Manis
https://www.youtube.com/watch?v=m1MelNg1Zo0
Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi yang mampu memberi seribu satu ganjaran kepada anda ini, sila layari www.getmanis.com