Groupon baru-baru ini telah mengadakan satu kajian rambang dalam kalangan masayarakat Malaysia. Hasil daripada kajian menunjukan bahawa rakyat Malaysia adalah antara golongan yang liat untuk memberi terutama sewaktu musim perayaan. Krismas bakal menjelma kurang lebih dari dua minggu lagi, tetapi dicatatkan rata-rata 62% masyarakat lebih teruja untuk menerima daripada memberi. Apa pendapat anda?
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan individu di Malaysia memilih untuk membeli hadiah mereka sendiri bagi memastikan mereka dapat apa yang mereka mahu bersempena Krismas.
Oleh itu, Groupon, antara syarikat perdagangan terkemuka di rantau Asia kini bangkit menyediakan platform kemudahan di mana, terdapat pelbagai barangan istimewa yang boleh dibeli khusus buat mereka yang ingin memanjakan diri Musim cuti ini.
Namun, jika anda adalah antara orang yang begitu bermurah hati, Groupon turut ada menyediakan panduan memberi hadiah buat anda yang masih bingung dan tertanya-tanya apakah hadiah yang sesuai dijadikan pemberian istimewa untuk yang tersayang.
Hadiahkan Percutian Hujung Minggu
Siapa yang tak girang bila ditawarkan penginapan hebat di hotel mewah secara percuma? Untuk jalan selamat, hadiah percutian hujung minggu adalah yang paling selamat! Paling tidak pun, pengalaman percutian ini tentunya akan menjadi memori paling indah buat si penerima.
Belanja Makan
Kajian yang dilakukan juga mendedahkan bahawa ramai individu yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga ketika sambutan perayaan seperti Krismas umpamanya. Oleh itu, bawalah keluarga untuk pergi makan malam di restorang yang nyaman dan menenangkan, disamping menikmati hidangan yang enak sebagai hadiah Krismas paling istimewa.
Pakej Spa Yang Menenangkan
Untuk para lelaki diluar sana, nak ambil hati teman wanita anda? Apa kata hadiahkan mereka pakej spa yang membolehkan mereka berehat daripada kesibukan kerja serta melepaskan tekanan yang telah terbuku selama ini. Ah, mereka pasti akan berterima kasih kepada anda!
Gajet Berteknologi
Apa nak beli untuk ayah, abang, adik lelaki, atuk atau teman lelaki anda pada Krismas nanti? Tak perlu berfikir panjang, zaman telah moden, semuanya dihujung jari. Hadiahkan mereka gajet kegemaran ramai. Tidak semestinya telefon bimbit yang mahal, kamera kompak edisi terkini juga mungkin akan menjadi hadiah paling bermakna buat mereka yang begitu menggilai peranti berteknologi.
Baucar Lumayan
Dah habis idea dan sehingga kini anda masih buntu, percayalah kerana masih ada jalan menyelesaiannya. Seringkas-ringkasnya, beri sahajalah mereka baucar lumayan. Ini adalah lebih baik, daripada mereka mendapat apa yang mereka tidak suka. Sekurang-kurangnya dengan baucar hadiah berkenaan, mereka bisa mendapatkkan apa yang mereka impikan selama ini
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.groupon.my dan semoga anda menemui apa yang anda mahukan untuk Krismas ini dengan Groupon!