Apa pun tradisi sambutan Krismas, anda seharusnya pandai mengayakan pakaian yang akan memperlihatkan sisi diva diri anda.
Tambahkan sedikit kilauan glamor pada gaya, anda pasti kelihatan bak bidadari yang turun dari langit untuk menceriakan sambutan Krismas tahun ini!
Disini Wanista cadangkan beberapa kaca mata yang dapat melengkakan gaya fesyen Krismas 2015. Walaupun kaca mata dilihat sebagai aksesori sampingan, tetapi sumbangan gayanya yang eksentrik pasti memberi perubahan yang besar untuk diri anda!
Sensasikan sambutan perayaan tahun ini dengan koleksi kaca mata seribu satu rekaan dari pelbagai jenama fesyen tersohor dunia.