Kurang 24 jam selepas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membuat ucapan berbaur amarah berkenaan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pengguna, lain pula ceritanya di luar Pusat Dagangan Dunia Putra.
Hari ini, syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat pengumuman terbaru berkenaan harga tiket menerusi akaun Twitter mereka.
KTMB mengumumkan harga tiket komuter bagi kanak-kanak 7 tahun ke atas adalah sama dengan harga tiket dewasa berkuatkuasa pada 2 Disember lalu.
Berkuatkuasa 2.Dis.2015,syarat baru tiket komuter untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah adalah Percuma.Usia 2-6 tahun diskaun 50%.
— KTM Berhad (@ktm_berhad) December 9, 2015
https://twitter.com/ktmkomuter/status/674444068315795457
Selang satu jam setelah tweet tersebut mendapat reaksi negatif masyarakat, KTMB memuat naik tweet terbaru berkenaan diskaun 50% yang akan diberikan kepada pelajar sekolah yang mengenakan pakaian seragam serta tweet berkenaan diakhiri dengan emotikon “smiley”.
https://twitter.com/ktmkomuter/status/674488294067974144
Seperti yang dijangka, pelaksanaan harga tiket sedemikian mendapat kritikan pengguna dan masyarakat.
Ramai yang tidak faham apa sebenarnya yang cuba dilakukan KTMB apabila melaksanakan langkah sebegitu.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan apakah rasional di sebalik pengklasifikasian usia 7 tahun sebagai usia dewasa.
https://twitter.com/NanaNazeri/status/674482551260471296
@ktmkomuter bagus2. nti rules merokok msuk clubbing pun ikot gini gak. 7 tahun kira dewasa cincai
— Kai.az (@_KaiAzmier) December 9, 2015
https://twitter.com/liiiiaanaa/status/674475705472651264
@ktmkomuter 8 tahun dewasa boleh kerja apa? Dol kau buat undang kapitalis ka pa?
— hanyazam (@enchikzam) December 9, 2015
https://twitter.com/cindytakrella/status/674488436846235648
Jika dilihat di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Amerika Syarikat, kadar tambang tren Metro atau Subway berbeza mengikut usia.
Menariknya, kesemua negara tersebut meletakkan klasifikasi usia 12 tahun dan ke bawah sebagai kanak-kanak.