Drama Korea ala Supernatural, Cheo Yong 2 yang sedang rancak di KIX HD Astro Channel 729 berkisarkan tentang seorang gadis bersama detektif yang menggunakan kebolehannya untuk menyelesaikan misteri paranormal kehidupan di sekelilingnya.
Jun Hyo Sung yang merupakan ahli kumpulan Secret bergandingan dengan Korean heart throb Oh Ji Ho. Wanista berpeluang menemu bual pelakon wanita utama yang sempat berkongsi pengalaman menjayakan drama thriller ini.
Boleh kongsi sedikit cerita tentang apa yang kami bakal tonton dalam Cheo Yong 2?
Saya masih lakonkan watak hantu seorang pelajar sekolah seperti musim sebelum ini. Bezanya kali ini saya boleh ke mana-mana dengan bantuan roh lain.
Apa yang anda lebih gemari – berlakon atau menyanyi?
Sukar untuk memilih kerana saya sukakan dua-dua. Saya ingin berusaha lebih untuk dua bidang ini.
Bagaimana pengalaman bekerja dengan Oh Ji Ho? Kamu berdua kelihatan sangat secocok.
Oh Ji-ho sentiasa bantu saya dengan memberi nasihat dalam bidang lakonan. Memang seronok dan ceria apabila beliau berada di set kerana saya rasakan seolah saya pelajari lebih banyak daripada beliau. Kini tidak lagi rasa gemuruh apabila bekerja dengan beliau.
Pernahkah anda alami pengalaman seram ketika di set?
Saya mudah takut dengan mekap yang dikenakan hantu di set.
Cheo Yong seringkali disamakan dengan siri Amerika Syarikat, Supernatural. Apa komen anda?
Cheoyong miliki jiwa Korea. Jalan cerita dan kes yang berlaku banyak berkait Korea dan ia juga kombinasi rekaan dan realiti yang baik,
Ucapan untuk peminat di Malaysia?
Saya sentiasa peroleh mesej dari peminat di Malaysia. Suatu hari saya ingin kunjungi Malaysia dan bertemu setiap satu peminat saya, sebagai tanda penghargaan.
Apakah cabaran berlakon sebagai hantu?
Dalam drama tv, saya boleh bercakap dengan orang tertentu sahaja serta banyak lakukan aksi CGI dimana kadang kala berasa seperti berlakon seorang diri.
Anda pernah mengaku minat Gong Hyo Jin, untuk lakonan beliau. Mengapa begitu?
Lakonan beliau tampak sangat semulajadi. Saya sangat hormati beliau dan juga pelakon Amerika, Natalie Portman.
Adakah kami bakal lihat album baru Secret dalam masa terdekat?
Secret sentiasa merancang untuk kembali dalam industry muzik. Kami amat cintakan industri ini namun akan buat begitu apabila terdapat muzik dan gubahan lagu sempurna.
Mungkinkah Secret akan kembali dalam bentuk rancangan TV realiti?
Teman-teman saya di Secret seperti keluarga bagi saya jadi agak sukar untuk saya menggambarkan emosi sebenar sekiranya berlakon dalam rancangan TV bersama.
Apakah gaya fesyen peribagi anda?
Sebelum ini saya sukar ikuti trend terbaru namun kini rasa tertekan untuk ikut orang jadi sekarang saya ikut gaya Normcore, kerana ia popular. Jika anda ingin tahu bagaimana gaya Normcore saya, sila ikuti saya di laman Instagram.
Jangan lepaskan peluang menonton drama Cheo Yong 2 KIX HD Astro Channel 729, setiap hari Khamis jam 10 malam.