Bahagiannya hidup kalau setiap pagi sarapan sebegini. Apa tidaknya, bangun sahaja pagi sarapan yang sedap dengan dekorasi kreatif sudah tersedia di meja makan. Indah hidup!
Empunya diri, Michael Zee tahu bagaimana untuk membuat hidangan sarapan yang lazat dan cantik malah menyelerakan untuk kekasihnya.
“Orang ramai tertanya-tanya jika saya gila menyediakan setiap juadah berbeza, tetapi ianya adalah sebuah cinta, untuk makanan yang saya suka dan Mark(teman lelakinya),” jelasnya kepada guardian.
Mereka cuba mengikut tradisi sarapan yang berbeza antarabangsa untuk menjadikannya lebih menarik.