Siapa sini punya masalah dengan kulit ketiak yang kusam dan hitam? Cuba selesaikan masalah anda dengan bahan semula jadi ini. Bahan ini mudah didapati dan cara menggunakannya pun mudah sekali.
Apa dia? Kentang adalah penyelesaiannya. Difahamkan kentang punya kandungan enzim ‘katekolase’ yang dapat mencerahkan kulit. Selain itu sesuai digunakan untuk kulit yang iritasi seperti ketiak.
Anda hanya mengambil sebiji kentang. Cuci bersih. Tanpa dikupas, parut kentang sehingga halus. Selepas itu, aplikasikan kentang parut di sekitar kulit ketiak. Biarkan selama 30 minit, bilas hingga bersih.
Lakukan secara rutin setiap hari.