Sebelum ini, Laneige hangat mempromosikan koleksi edisi terhad istimewa yang menjadikan karakter PLAYNOMORE sebagai ilustrasi comel bagi menghiasi kebanyakan produk terkemukanya seperti BB Cushion SPF50+ PA+++, Intense Lip Gel dan Jet Curling Mascara.
Kini, pewarna bibir mungil Intense Lip Gel akan diperkenalkan dalam pek normal Laneige.Intense Lip Gel adalah sejenis pewarna bibir mantap yang diformulasikan secara teknikal untuk menghasilkan sifat gabungan gincu dan lip gloss.
Tekstur kepekatan Intense Lip gel tidak mengeringkan bibir, malahan akan bertindak sebagai pelembab disamping memberi efek sapuan bersih seperti gincu.
Tidak seperti gincu jenama lain, Intense Lip Gel mengetengahkan 10 warna mempersona sesuai untuk si ‘fashionista’ yang butuhkan gaya bold tetapi ringkas.
Selain itu, ia juga akan melembutkan sel kulit mati pada bibir dan rasanya langsung tidak melekit walaupun kondisi produk adalah jenis gel.
Apa yang lebih istimewa berkenaan produk pewarna bibir ini lagi adalah, ia menggunakan teknologi gel dwi lapisan yang memastikan warnanya bersinar, dalam masa yang sama menyumbang kelembapan pada bibir si pemakai.
Lapisan pertama mengandungi lapisan warna yang dicampur dengan polimer larut air manakala lapisan kedua pula adalah lapisan minyak bagi membekalkan kilauan serta menampakan efek bibir mungil dan seksi.
Berus aplikasi Lip Gel secara tidak langusng membantu mendapatkan sapuan rata walaupun dicelah-celah rekahan kedutan bibir.
Kunjungi cawangan Laneige yang sah sekitar tanah air bagi mendapatkan Intense Lip Gel. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.laneige.com.my