Mulai dari hari ini, rakyat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa serta sifat murah hati bisa memanjangkan usaha untuk membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik dengan lebih mudah.
Dalam pada kita sedang bersenang-lenang, ramai lagi yang berduka mengharapkan belas ihsan daripada seorang insan yang prihatin.
Untuk itu, UNICEF Malaysia dengan bangganya berkolaborasi bersama syarikat perkhimatan internet, Rakuten.com.my dengan mengadakan kempen memberi hadiah inspirasi kepada mereka yang memerlukan.
Terdapat lebih 16 pilihan hadiah yang boleh anda beli melalui Rakuten kemudian hadiah itu akan disalurkan terus ke 190 lokasi cawangan UNICEF seluruh negara buat mereka yang memerlukan.
Antara barangan yang ditawarkan dalalam program hadiah inspirasi ini adalah set kotak keperluan sekolah (School-in-a-Box) yang mengandungi barangan dan perkakas utama sekolah seperti alat tulis, buku nota, bantuan penganjaran untuk guru-guru dan sebagainya. Kesemua barangan dalam set kotak keperluan sekolah ini dapat menampung sehingga 40 pelajar bernilai RM905.00.
“Ini adalah salah satu usaha bagaimana rakyat Malaysia boleh berkhidmat secara tidak langsung kepada mereka yang tidak bernasib baik diluar sana”, jelas Masaya Ueno, Pengarah Rakuten Asia.
Menurut satu kajian rambang yang dijalankan oleh Rakuten mendapati, 97% daripada individu Malaysia yang sanggup memyumbang hadiah Krismas kepada komuniti yang tidak berkemampuan. Manakala 38% yang lainnya bersetuju menyumbang melalui belian atas talian adalah memudahkan proses penyumbangan.
Sudah tentu, inisiatif Rakutan dan UNICEF Malaysia dalam mengadakan kaedah sumbangan melalui platform media baru ini akan lebih memotivasikan para pengguna Malaysia untuk hulurkan tangan, ringankan beban.
Sila layari www.rakuten.com.my sekarang untuk mula bertindak demi memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang kekurangan.