Casio Malaysia baru sahaj mengumumkan kamera kompak outdoor keluaran terkini iaitu EXILM EX-ER100, berikutan kejayaan EXILM EX-FR10 yang menjadi buruan serta kegilaan para penunggang basikal dan pengembara yang sentiasa memerlukan peranti berdaya tahan disamping mesra pengguna.
Seperti model ang terdahulu, EXILM EX-FR100 baru ini diterapkan dengan ciri rintangan yang mampu menampung kejutan air serta habuk. Dalam masa yang sama, kamera versi baru ini boleh dioperasi menggunakan satu tangan sahaja.
Apa yang lebih menarik, kamera FR100 ini mengekalkan ciri mudah tanggalnya. Pengguna boleh pilih untuk mencantumkannya kembali kepada aksesori pelbagai fungsi. Penggunaan alat kawalan jauh untuk merakam/menangkap imej dari pelbagai sudut menarik adalah lebih memudahkan. Tidak perlu menggunakan telefon pintar lagi.
Setiap unit didatangkan bersama lens kanta sudut lebar (wide-angle lens) ultra berukuran 16mm, oleh itu, ia amatlah padan untuk merakam imej selfie, foto berkumpulan, mahupun fotografi landskap tatkala sedang pengembara sambil melakukan aktiviti ekstrem di luar.
FR100 merangkumi gabungan teknologi canggih seperti kelajuan tinggi EXILM enjin HS3, teknologi pengesanan, analisis imej, pilihan automatik dalaman dan bisa menyimpan kesemua hasil rakaman yang diambil secara berkelajuan tinggi pada tetapan rakaman berterusan.
Selain itu, pengguna boleh mencipta persembahan montaj gambar-gambar rakaman dengan fungsi Hinglight Movie. Setiap montaj yang telah lengkap boleh dipindahkan secara langsung ke peranti lain via Bluetooth atau pidahan auto EXILM kepada pengguna peranti pintar yang lain.
EXILM EX-FR100 akan dipasarkan di Malaysia bermula Februari 2016, pada harga RM2,149. Terdapat dalam tiga pilihan warna berani iaitu kuning, putih dan hitam. Aksesori tetap yang didatangkan bersama dalam setiap pembelian adalah carabineer clip attachment dan tripod nut.