Bukan mudah mencari hadiah yang bersesuaian untuk diberikan kepada orang, lebih-lebih lagi jika orang itu adalah orang yang teristimewa buat kita, sudah pasti hadiah yang begitu istimewa juga ingin kita carikan untuknya, betul?
Tetapi dalam keadaan sibuk, kekangan masa yang menghalang untuk anda pergi melawat gedung-gedung membeli-belah adalah sangat merumitkan.
Sebenarnya, ada jalan penyelesaiannya. “Find waht you love at 11street”, andapernah dengar petikan itu? Ya, cari apa yang anda suka di 11street. Gedung atas talian yang sedang meningkat maju ini punyai banyak pilihan yang mungkin menarik dihati anda. Senang kata, macam-macam ada. Memang sesuailah untuk anda jika anda teringin untuk mencari bingkisan buat yang teristimewa.
Lebih mudah menggunakan telefon pintar untuk membeli-belah, dari membuat pemilihan barangan sehinggalah ke transaksi pembayaran, semuanya hanya dihujung jari.
Muat turun aplikasi mobile 11street ke dalam telefon anda sekarang, ia membolehkan anda membuat seleksi lebih dari berpuluh ribu seleksi barangan pelbagai fungsi serta pelbagai jenama.
Selain itu, 11street turut menawarkan hadiah misteri serendah RM11 dibawah kategori “Shocking Deals” dan kupon diskaun sehingga 90% sepanjang musim perayaan ini. Apa anda tunggu lagi?
Disini Wanista senaraikan beberapa item hangat yang mungkin anda cari-cari selama ini:-
Untuk Si Sado
Gemar bersenam dan obses menjaga kesihatan diri? pelbagai rangkaian dari makanan tambahan protein sehinggalah ke dumb-bells atau air wheels, semuanya anda boleh dapatkan langsung di 11street. Untuk perempuan pula, mereka mungkin mahu mencuba teknologi baru yang digelar sistem pengimbangan Airwheel Stonwheel Dualwheel Electric yang kini menjadi trend dalam kalangan pengguna peranti moden. Jika tidak, anda boleh hadiahkannya tikar yoga mesra alam agar senang untuknya melakukan senaman di rumah. Dah penat bersenam mestilah mahu minum dan sejukkan badan. Oleh itu, Thermos 0.5L Super Light Executive Tumbler pasti merupakan hadiah yang terbaik!
Si Fashionista
Anda sendiri pun pasti naik gila melihat pilihan pakaian serta barangan aksesori pelbagai jenama yang pasti membuatkan anda rambang mata.
Si Pemilik Rumah Baru
Apa nak beri kepada mereka yang baru sahaja masuk ke rumah baru? Mungkin perkakas dapur, mungkin juga album gambar atau set alatan gerudi pelbagai fungsi. Memang terbaik.
Si Kaki Main
Apa makna alaf baru kalau tidak didampingi dengan segala macam permainan berteknologi tinggi. Jika teman lelaki, suami, ayah, atau adik lelaki anda adalah pengumpul lego, idea hadiah ini adalah bertepatan.
Si Cantik
Baik wanita atau lelaki, keduanya perlu menjaga penampilan agar kekal menarik sepanjang masa. Tedapat pelbagai pilihan produk kecantikan dan rangkaian penjagaan wajah menarik di 11street ini.
Si Multitasker
Hari-hari asyik sibuk dengan kerja sampai tak ingat nak balik rumah, apa kata anda hadiahkan orang yang mempunyai sifat begini seutas jam tangan. Agar si dia beringat sedikit 🙂 Atau mungkin sebuah power bank berjenama yang mungkin bisa menjadi menyelamat tatkala terdesak.
Si Peminum Kopi Tegar
Hadiahkan mereka mesin pembuat kopi hebat ciptaan Nescafe -Nescafe Dolce Gusto Oblo yang mampu menghasilkan kopi bertaraf lima bintang seperti rasa kopi yang di brew di cafe cafe ternama. Anda juga bisa menghasilkan kopi berkualiti dirumah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my.