Mu’azah meriwayatkan bahawa seorang wanita pernah bertanya kepada Aisyah r.a apakah wanita haid boleh mengecat kuku? Dia menjawab : “Semasa Nabi saw, kami mengecat kuku dan baginda tidak melarang kami dari hal itu.” ( Riwayat Ibnu Majah ). Demikian juga mengecat di kala suci dari haid. Tetapi hendaklah dihilangkan apabila hendak berwuduk.
Kini, trend nail art ataupun seni hias kuku banyak diperkatakan. Anda lihat sahaja di media sosial seperti Facebook, Instagram ataupun Pinterest, ada sahaja yang membuat tutorial corak kuku. Mulai hanya menggunakan 1 warna sehinggalah dengan reka bentuk abstrak, polkadot, corak bunga, pencampuran warna yang rumit sampailah menggunakan tambahan aksesori.
Bersempena dengan musim perayaan hujung tahun, Wanista ingin kongsikan beberapa corak seni hias kuku yang comel dan cantik boleh anda cuba.