Siapa suka makan penkek dekat Mcdonalds tu? Sedap bukan? Hah, Wanista kongsikan resepi penkek tanpa telur anda boleh buat sendiri sahaja di rumah. Resepi sangat mudah dan anda boleh makan banyak kali. Yeayyyy!!
Bahan A –
- 1 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu teh gula atau secukupnya
- 2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan B –
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu besar minyak sayur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar air
- 2 sudu besar mentega – dicairkan
Cara Membuat:
- Masukkan bahan A ke dalam bekas dan kacau rata.
- Kemudian, masukkan pula bahan B dan gaulkan hingga sebati dan tidak berketul.
- Panaskan minyak atau oleskan minyak pada frying pan ( kuali mendatar ).
- Tuangkan satu senduk adunan atas permukaan kuali dan masak sehingga keperangan, terbalikkan dan biarkan kedua-dua belah bahagian masak.
- Angkat dan hidangkan.