Berikutan kejayaan koleksi modest wear yang pertama, UNIQLO telah memperkenalkan UNIQLO x Hana Tajima Collection untuk musim bunga dan panas.
Koleksi ini adalah garis kerjasama dengan pereka Hana Tajima disesuaikan untuk melengkapkan konsep UNIQLO LifeWear – bergaya, produk berkualiti tinggi untuk sesiapa sahaja, di mana sahaja, untuk meningkatkan gaya hidup – dengan keperluan wanita yang menghargai gaya sederhana.
Untuk koleksi musim bunga/panas kali ini, koleksi mengetengahkan cetakan berwarna yang lebih meriah dan ceria dan juga inovatif – untuk rangkaian hijab, seluar jeans, blaus rayon, long dresses, malahan AIRism untuk innerwear headscarves and headbands.
Koleksi UNIQLO x Hana Tajima boleh didapati di semua kedai UNIQLO di Malaysia dan kedai terpilih di Singapura, Indonesia dan Thailand menjelang Januari 2016. Julat harga antara RM 19.90 ke RM 199.90.