Anda dah penat gunakan produk yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang mungkin menjejaskan kesihatan kulit anda? Pernahkah anda terfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang berasaskan elemen semula jadi yang menjanjikan hasil menakjubkan untuk kulit bebas masalah? Okay! Wanista ada jalannya, ini adalah kumpulan petua yang Wanista mahu senaraikan khas buat anda.
Dengan hanya menggunakan bahan mudah untuk menghapuskan bintik hitam yang selalunya tumbuh dan tertumpu menjejaskan bahagian T-Zone wajah serta dagu.
Bintik hitam atau Blackheads selalunya terjadi berikutan liang roma anda tersumbat dengan sebum atau minyak yang dihasilkan oleh kulit muka, debu, sel kulit mati atau mungkin apa sahaja partikel kekotoran yang hinggap dimuka anda saban hari. Liang roma terlalu terbuka kepada udara membuatkan lapisan kulit paling atas bertindak balas dengan oksigen sehingga warnanya bertukar menjadi hitam.
Kadang-kala, bintik hitam bukan hanya muncul pada muka, ianya juga cenderung untuk muncul pada tangan, leher dan bahu. Penghidap masalah bintik hitam adalah tidak terhad, terutamanya dalam kalangan remaja. Perubahan hormon dan penggunaan kosmetik yang keterlaluan bisa menjadi alasan kukuh mengapa adanya blackheads.
Nah, ini dia 13 petua ringkas untuk menghilangkan bintik hitam dengan hanya menggunakan bahan organik:-
- Serbuk Penaik
- Oatmeal
- Cornmeal
- Lemon
- Teh Hijau
- Putih Telur
- Kayu Manis
- Kunyit
- Madu
- Garam Epsom
- Tanah Liat
- Halba
- Susu & Biji Buah Pala
Serbuk Penaik
Serbuk penaik atau baking soda boleh menjadi bahan pengelupasan yang baik untuk membersih kotoran pada kulit dan meninggalkan kulit anda lembut dan licin. Oleh itu, serbuk penaik amat berfungsi untuk menghapuskan bintik hitam dalam masa yang sama membantu meneutralkan kembali keseimbangan PH kulit anda. Hasilnya, kulit kurang berminyak yang bisa menghalang bintik hitam untuk muncul kembali.
Cara:
- Basuh muka dengan air suam agar liang roma terbuka
- Campurkan satu camca teh serbuk penaik dengan air itu tadi sehingga kondisinya menjadi pes.
- Sapukan ke permukaan yang terlibat sambil melakukan urutan lembut.
- Biarkan ia selama 2-3 minit.
- Bilas dengan air suam, kemudian bilas pula dengan air sejuk untuk menutup kembali liang roma wajah.
- Gunakan cuka epal untuk dijadikan toner (cuka epal:air) untuk kembalikan PH normal pada kulit.
- Ulang selama 1-2 minggu untuk keberkesanan yang berganda.
Oatmeal
Apabila oatmeal disapu pada tempat yang berkenaan, ia akan dapat membantu untuk membersihkan liang pori anda kerana bertindak menyerap segala minyak yang tersisa dalam lapisan kulit, sekaligus menghapuskan bintik hitam.
Cara:
- Campurkan satu cawan oatmeal, satu camca teh madu dan jus yang diambil dari 4 biji tomato untuk dijadikan pes.
- Skrub pada permukaan kulit yang mempunyai bintik hitam.
- Biarkan ia selama 10 minit sebelum anda bilas.
- Ulangi dengan kerap untuk melihat hasil yang lumayan
Cornmeal
Cornmeal secara semula jadinya membersihkan liang pori yang tersumbat kerana ia akan mengelupaskan kulit secara halus sekaligus membunuh jerawat dan bintik hitam.
Cara:
- Gunakan wap untuk membuka liang pori pada wajah
- Campurkan satu camca teh serbuk cornmeal bersama pencuci muka anda.
- Urutkan dengan perlahan pada wajah, fokus kepada kawasan wajah yang terlibat.
- Biarkan ia selama 3-5 minit dan dibals dengan air sejuk.
- Ulangi bila perlu.
Lemon
Lemon mengandungi Alpha Hydroxy Acid yang secara semula jadinya bertindak mengelupas kulit dan melindungi kulit daripada ancaman, jerawat serta bintik hitam.
Cara:
- Campurkan jus Lemon yang diperah segar bersama air mawar dalam kuantiti yang sama.
- Sapukan pada kawasan kulit yang terjejas.
- Biarkan ia selama 15, lalu bilas dengan air sejuk.
- Ulang setiap hari sehingga dua minggu berturut-turut untuk hasil yang berkesan.
***Nota: Anda sebenarnya boleh terus menyapu air lemon pada kulit wajah (jika kulit anda tidak sensitif) 2-3 kali sehari untuk hasil yang cepat.
Teh Hijau
Teh hijau membantu untuk menyegarkan kulit dan perlahan-lahan menyah bintik hitam, debu dan segala kotoran. Ia kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat antioksidan yang bisa membersihkan kulit anda dalam sekelip mata.
Cara:
- Campurkan satu camca teh serbuk daun teh hijau kering bersama air untuk dijadikan pes.
- Skrub dengan lembut keatas muka/permukaan yang terlibat selama 3-5 minit.
- Bilas dengan air suam.
- Ulang selagi perlu.
Putih Telur
Putih telur berkesan untuk mengetatkan pori dan membersihkan liang pori yang tersumbat sehingga bersih bersih.
Cara:
- Sapu dua biji putih telur dalam kadar lapisan nipis pada muka.
- Biarkan ia kering selama 2-3 minit.
- Setelah itu, sapukan putih telur sekali lagi keatas permukaan kulit untuk lapisan nipis yang kedua.
- Biarkan ia kering selama 10-15 minit sehingga kulit anda terasa tegang.
- Bilas dengan air suam.
- Ulang selagi perlu.
Kayu Manis
Kulit kayu manis mengandungi partikel mikrob yang bantu membuang debu yang tersumbat dalam liang pori agar dapat mengelak daripada bintik hitam degil.
Cara:
- Campurkan satu camca teh serbuk kayu manis dengan madu, jadikan pes.
- Sapukan pada kawasan wajah yang berkenaan dan biarkan ia semalaman.
- Bilas dengan keesokkan paginya.
- Lap lembut dengan tuala kering dan bersih.
- Ulang selama seminggu untuk lihat keberkesanan.
Kunyit
Kunyit adalah sumber antibiotik semula jadi yang bantu menghilangkan parut dengan membersih liang pori kotor, sekaligus meratakan tona kulit.
Cara:
- Campurkan satu sudu makan serbuk kunyit bersama dua sudu makan jus pudina.
- Sapu pada bahagian wajah yang terlibat.
- Biarkan ianya kering selama 3-5 minit.
- BIlas dengan air suam.
- Ulang setiap minggu untuk kesan yang sempurna.
Madu
Madu adalah juga merupakan antibiotik semula jadi yang membantu manarik luar kotoran yang berada dalam liang pori disamping memberi kelembapan serta menegangkan kulit untuk kulit bersih segar.
Cara:
- Hangatkan secawan madu.
- Celupkan potongan separuh lemon kedalam didihan madu itu dan ratakan pada wajah (menggunakan lemon), fokus pada bahagian yang bermasalah.
- Bilas dengan air.
- Ulang setiap hari!
Garam Epsom
Garam Epsom bisa menghalang jerawat, akne dan bintik hitam daripada terjadi dengan mengurangkan radang kerana ia berfungsi untuk mengelupas kulit, hasilnya kulit terasa lebih licin dan lembut.
Cara:
- Campurkan satu camca teh Garam Epsom, beberapa titik iodine bersama air panas sehingga garam itu benar-benar larut.
- Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
- Sapu pada bahagian yang bermasalah.
- Biarkan ia kering di muka selama 10 minit.
- Bilas dengan air.
- Ulang proses ini dengan kerap untuk hasil terbaik!
Tanah Liat
Tanah liat yang digelar Fuller’s earth ini mempunyai rangsangan yang menyejukan terhadap kulit. Ia juga menyerap lebihan minyak pada kulit wajah sekaligus bantu mengecutkan liang pori untuk menghalang bintik hitam.
Cara:
- Campurkan 2 camca teh tanah liat bersama sedikit air mawar atau cuka epal untuk dijadikan pes.
- Sapu pada muka seperti masker.
- Biarkan ia selama 10-15 minit sehingga ia benar-benar kering.
- Bilas dengan air.
- Ulang sekerapnya untuk hasil yang lumayan.
Halba
Biji Halba bertindak sebagai sejenis herba yang menghapuskan bintik hitam.
Cara:
- Campurkan satu cawan halba, rendamkan dalam air untuk dijadikan pes pekat.
- Sapukan pada bahagian muka yang terjejas.
- Biarkan ia selama 10 minit.
- BIlas dengan air.
- Ulang dengan kerap.
Susu dan Biji Buah Pala
Biji Buah Pala akan membersihkan minyak muka. Susu (buttermilk) pula mengandungi asid laktik yang akan menghapuskan sel kulit berminyak. Apabila kedua bahan ini dicampur bersama, ia bertindak membersihkan kulit daripada bintik hitam serta sel mati tanpa rasa sakit.
Cara:
- Campurkan satu camca buttermilk atau susu biasa dengan serbuk biji buah pala untuk dijadikan pes pekat.
- Secara lembut, gosok pada muka untuk menghapuskan kotoran dan sel mati.
- Biarkan ia selama 3-5 minit sehingga ia benar-benar kering.
- Bilas dengan air suam.
- Ulang dengan kerap untuk hasil terbaik.
Selamat Mencuba!