Quill City Mall lancar sambutan Krismas yang bertemakan Monopoly sempena ulang tahun Monopoli yang ke -80 pada 10 Disember yang lepas. Perasmian acara dilakukan oleh Dato’ Ar Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill dan Tony Collingridge, yang merupakan Pengarah Perdagangan dan Pelaburan Suruhanjaya Tinggi British.
“Apa yang lebih menarik selain bisa membaling dadu gergasi, menggerakkan token ikonik Monopoly dikeliling papan gergasi Monopoly? Para pengunjung berpeluang untuk berdiri sendiri diatas papan gergasi Monopoly berkenaan selain mengumpul Chance dan kad Community Chest untuk mengelak daripada terkurung dalam penjara. Kesemua papan Monopoly yang bersaiz gergasi ini memang tiada tandingannya, jelas Dato’ Ar Michael Ong.
Musim Krismas bukanlah dirayakan untuk tujuan berseronok semata-mata, disamping bergembira, mereka yang kekurangan juga harus diberi perhatian. Oleh itu, pada acara perasmian tersebut, Quill City Mall dengan bermurah hati mengundang lebih 57 orang kanak-kanak yang tidak bernasib baik daripada tiga badan kebajikan terpilih sekitar Kuala Lumpur iaitu Rumah Kanak-Kanak Angel Kuala Lumpur, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia serta Precious Children Home demi memberi sedikit bantuan serta kegembiraan buat setiap seorang daripada mereka menjelang Hari Natal tidak lama lagi.
Untuk bermain diatas papan gergasi Monopoly, para pengunjung Quill City Mall pada setiap hujung minggu bermula 5 Disember hingga 27 Disember 2015 perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit tunggal.
Kedai dan para penyewa gerai di Quill City Mall ada membuat promosi istimewa, penebusan hadiah serta pelbagai tawaran hebat untuk anda dan keluarga tercinta berhibur sambil membeli belah pada bulan perayaan yang meriah ini. Antara barangan pemberian istimewa yang bakal diberikan kepada para pelanggan sejati Quill City Mall adalah cawan enamel Monopoly edisi terhad buat mereka yang berbelanja sebanyak RM150 dalam satu resit tunggal (RM100 untuk pemegang kad Maybank).
Disamping persembahan yang memukau dan aktiviti untuk sambutan perayaan berkenaan, terdapat juga aktiviti beramah mesra bersama Mr. Monopoly, Santa Claus, Badut serta persembahan nyanyian irama Krismas pada 5,6,9, 11,12,13,19,20,24,25,26 dan 27 Disember ini.
Bukan itu sahaja, lebih banyak anda berbelanja, lebih besar peluang anda untuk mendapatkan BMW 2 Series dengan membeli-belah pada acara Shop & Dine Fiesta bermula 8 Oktober 2015 sehingga 7 Mac 2016. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.quillcitymall.com.my