Sofia Ellen, jenama yang menampilkan aneka pilihan ready-to-wear, modern stylish streetstyle dan juga fesyen Muslimah gaya terkini melancarkan pembukaan butik cawangan kedua di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
Diasaskan oleh Puan Sofia Ellen Abdullah pada 2013 dan mula terbabit secara serius pada 2014 setelah membuka butik pertama di Keramat Mall, Kuala Lumpur. Hari ini, tampil dengan konsep ala Perancis, butik eksklusif mengangkat warna elegan hitam-putih menjadi butik yang wajib disinggahi oleh para pencinta fesyen. Citarasa mewah dalam hiasan dalaman butik ini dapat dirasai oleh pelanggan seakan pengalaman membeli-belah di butik bertaraf lima bintang, selain menjanjikan keselesaan.
Menawarkan pelbagai produk pakaian seperti jubah / abaya, dres, blaus, palazzo, tudung termasuk pakaian Haji dan Umrah, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu serendah RM49 hingga RM499.
Setiap rekaan pakaian yang terdapat di butik Sofia Ellen adalah idea pengasasnya sendiri. Walaupun memiliki latar belakang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas selain pernah menceburi perniagaan dalam bidang berlainan namun kecintaan dalam bidang fesyen membuatkan Puan Sofia Ellen tidak lagi menoleh ke belakang, malah berani melangkah dengan membuka dua buah butik.
Pemilihan lokasi kedua di Bangi Sentral amat bertepatan kerana di sini adalah pusat fesyen Muslimah. Dapat dilihat deretan butik yang menampilkan pelbagai jenama terkenal yang menjadi pilihan penggemar fesyen hari ini.
“Saya juga merancang untuk membuka butik ketiga iaitu di daerah kelahiran saya, di Kuching, Sarawak pada hujung tahun hadapan. Impian terbesar saya untuk membuka cawangan keempat di kota London,” ujarnya yang menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah organisasi kebajikan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Sementara itu, bagi yang tidak berkesempatan untuk ke butik masih boleh membuat pembelian secara online di Facebook panfage Sofia Ellen dan Instagram sofiaellen_official.