Televisyen atau TV adalah medium yang digunakan oleh kita untuk mendapatkan sumber hiburan yang tidak terhad tatkala berada di rumah.
Pelbagai jenis rancangan yang disiarkan di media TV masa kini termasuklah sukan, filem, drama bersiri, rancangan variasi dan banyak lagi. Sambil bersandar di sofa empuk yang terletak ditengah-tengah ruang tamu rumah, disitulah juga tempat anda menghabiskan masa berkualiti bersama yang tersayang sambil menonton rancangan kegemaran.
Dengan adanya pelbagai promosi dan potongan harga hebat yang ditawarkan oleh kebanyakkan pengedar barangan elektronik di sekitar kawasan setempat, mungkin agak mudah untuk anda membuat keputusan bagi membeli set TV yang baru untuk rumah dah keperluan keluarga anda. Itulah sebenarnya antara faktor utama yang mendorong anda untuk mendapatkan set TV yang baru, betul tak?
Nah, tetapi, tahukah anda hendak membeli peranti juga ada caranya. Tidak terhad kepada telefon pintar mahupun komputer riba semata, malah hendak membeli TV pun perlu kena pada cara, jika tidak, membazir duit sahaja. Ingat, ini adalah pelaburan jangka masa panjang tahu?
Ada orang mementingkan saiz paparan tetapi tidak menghiraukan kualiti warna gambar yang akan dijana oleh satu-satu televisyen berkenaan. Ada pula jenis orang yang gemar tangkap muat, asalkan harganya murah dan mampu menyalurkan rancangan terkemuka dari stesyen media tanah air pun sudah memadai. Jadi, bagaimana sebenarnya untuk memastikan kesemua ciri penting dapat disatukan dalam pakej pembelian TV idaman anda?
Samsung, jenama perkakas elektronik rumah yang tersohor di abad ini ada menggariskan panduan dalam cara-cara bagaimana untuk memilih set TV yang sempurna khas untuk memenuhi keperluan peribadi anda dan isi rumah anda.
Saiz & Jarak Penglihatan
Ramai yang gemarkan rekaan televisyen yang menarik disamping dapat menikmati pengalaman menonton yang menyeronokkan. Tetapi, adakah TV yang merangkumi kedua ciri kelebihan itu? Tetapi, ada juga kekurangan yang akan muncul kemudian. Ini kerana, mungkin TV yang bersaiz besar tidak akan bisa muat pada ruangan yang kecil di rumah anda. Jadi apakah saiz paparan yang sebaiknya?
Industri mencadangkan, anda perlu mengukur jarak dari sofa ke kabinet TV didarabkan dengan 25 untuk mendapatkan saiz TV ideal yang berpadanan dengan ruang tonton di rumah anda dalam inci. Sebagai contoh, TV yang diletakkan pada jarak 2 meter dari sofa adalah perlu berukuran 50 inci. Manakala jika ia mempunyai jarak 3 meter bermakna TV bersaiz ideal adalah berukuran 75 inci.
Untuk UHDTV, paparan gambar yang dikeluarkan adalah lebih jelas dan terang, untuk itu, jarak perlu dibahagikan 39. Mungkin, TV yang diletakan pada jarak 2 meter adalah berukuran 78 inci.
Ultra High Definition atau 4K adalah lebih terang dan jelas kerana mempunyai jumlah piksel empat kali lebih tumpat berbanding TV HD biasa untuk pancaran imej yang lebih terang dan jelas.
Untuk jarak pula, TV berukuran 50 inci adalah lebih baik untuk ditonton dari jarak 2 meter atau kurang dari 3 meter. Untuk menonton kurang dari 2 meter, and perlu memilih TV yang lebih kecil atau cuba naik tarafkan kepada format UHD. Jika tidak anda pasti merasa tidak selesa.
TV UHD 50 inci boleh ditonton lebih dekat walaupun pada jarak 1 meter. Untuk saiz TV UHD 85 inci pula, jarak yang paling bernas adalah 1.6 meter atau paling tidak pun adalah 3.3 meter.
Pelbagai macam pilihan saiz serta rekaan yang terdapat pada rangakaian TV oleh Samsung. Samsung Electronics bakal memberi nikmat tontonan yang pasti manggamit jiwa anda, bersesuaian dengan gaya hidup semua jenis individu.
Gantung Atau Latakkan Di Atas Kabinet
Baiklah, saiz dah dipilih, jarak paparan pun dah difahami, bagaimana pula caranya untuk pengguna menggayakan TV ini di dalam rumah?
Ya, sebaliknya, terdapat dua cara bijak untuk menggayakan set TV ini. Zaman telah semakin moden, TV bukan sekadar untuk diletakkan diatas kabinet semata tanpa boleh diberi sentuhan yang artistik. Disinilah aspek seni dekorasi rumah dilihat penting.
Jika ruang tonton anda besar, bolehlah anda letakkan set TV itu secara normal seperti diatas kabinet mahupun perabot seperti biasa. Tetapi jikalau anda mahu menampakkan keadaan ruang yang lebih luas serta kemas, mungkin anda boleh melekapkan atau menggantung TV anda itu di dinding.
Gaya melekapkan TV pada dinding ini bukanlah sesuatu yang baru, ia adalah salah satu cara bernas untuk menjimatkan runag. Maka, untunglah sesiapa yang mempunyai TV yang berukuran nipis itu.
Tetapi, tidak mustahil buat mereka yang mempunyai TV jenis lengkung, anda sebenarnya boleh turut menggunakan teknik menggantung TV ini. Lebih-lebih lagi, Samsung ada mengeluarkan siri TV jenis lengkung yang mampu memaparkan imej terang secara 360 darjah. Walaupun anda berada di sisi TV, anda masih boleh melihat dengan jelas.
Ruang belakang TV rekaan terkini daripada Samsung adalah lebih kemas dan memudahkan untuk TV dilekapkan ke permukaan dinding rata. Tidak kira di mana pun anda letakkannya, ia tetap bisa memancarkan imej jelas dari segenap sudut.
Selepas ini, jika anda bercadang untuk membeli set televisyen baru untuk rumah anda bersempena Krismas dan Tahun Baru ini, gunalah tips yang dicadangkan oleh Samsung ini ya? Samsung Electronics sedang giat mempromosikan rangkaian TV Pintar serta sistem teater rumah (home theatre) untuk seluruh rakyat Malaysia. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi kedai pengedar barangan Samsung yang berdekatan sekarang untuk nikmati tawaran perayaan!
Samsung mengucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru buat anda semua!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.samsung.com