Bintang realiti Amerika Syarikat, Kim Kardashian, melancarkan papan kekunci emoji jenamanya sendiri yang dinamakan ‘Kimoji’.
Kimoji dilancarkan di Apple App Store pada Isnin dan jutaan peminat Kardashian mula memuat turunnya sebaik sahaja ia dilancarkan.
Muat turun secara besar-besaran itu mengundang sedikit masalah dan ramai mula mengadu muat turun mereka tersekat.
I can't believe so many people downloaded my KIMOJI app that it affected the entire app store!
— Kim Kardashian (@KimKardashian) December 21, 2015
We worked so hard on this app & we know there are some issues due to the massive downloads that the whole tech team is so working on!
— Kim Kardashian (@KimKardashian) December 21, 2015
https://twitter.com/scottmorrow_/status/679088228109012992/photo/1
Antara ikon emoji yang ditawarkan Kimoji adalah pengering rambut, donut dan paling menarik, adalah ikon selfie.
Kardashian antara selebriti yang sangat aktif di Instagram dan Twitter, dan sangat gemar menggunakan emoji dalam kapsyen yang ditulisnya.
Isteri kepada Kanye West yang dikenali kerana obsesinya terhadap selfie itu kini memiliki lebih 55 juta pengikut di Instagram.