Jom, Hong Kong! adalah sebuah rancangan pengembaraan realiti yang diacarakan oleh Hunny dan Anis merantau keseluruh pelusuk Hong Kong bagi membongkar kesemua tarikan dan keistimewaan yang terdapat di sana.
Ia merupakan sebuah siri episod web yang anda boleh tonton bagi melihat sendiri pengalaman makan angin Hunny bersama rakannya Anis sewaktu disana.
Team Wanista berkesempatan untuk menemu bual bersama Hunny Madu dan Anis Nabilah dan berkongsi pengalaman mereka ketika menjalani pengembaraan Jom, Hong Kong!
Apakah reaksi pertama sewaktu anda berdua berkunjung ke Hong Kong?
Anis : Hunny dan saya dah kenal lama, tapi tak pernah terfikir boleh travel sama-sama. Saya memang excited sangat, pasal kitaorang memang sekepala! Kalau nak tahu apa yang saya dan Hunny buat di Hong Kong, Pastikan anda check out Jom, Hong Kong di Astro Ria pada 23 disember 9.30 malam dan ulangan pada 26 disember 6.30 petang!
Hunny : Saya teruja untuk ke Hong Kong sebab itu kali pertama buat saya! Saya teringin nak shopping sakan di sana dan untuk mencari makanan yang lazat dan halal. Tengok Jom, Hong Kong kalau nak mengetahui pengalaman kami!
Selain mempunyai variasi gedung membeli-belah yang menawarkan harga berpatutan, adakah mana-mana tempat lain sebagai contoh, tempat-tempat bersejarah, bandar lama ataupun lokasi menarik yang boleh dikunjungi ketika melancong ke Hong Kong?
Anis : Banyak tempat cool yang boleh dikunjungi ketika berada di Hong Kong, seperti melihat sunset di The Peak, pemandangan yang sangat indah, dan nak naik ke puncak anda perlu naik tram yang mula beroperasi semenjak 1888! Kalau nak lakukan aktiviti berlainan anda boleh kunjungi kilang lampu Neon, Nam Wah Neon dan lihat bagaimana mereka menbentuk lampu-lampu yang cantik tersebut!
Hunny : Hong Kong China Calligraphy and Arts Centre! Di sana saya dan Anis belajar kaligrafi Cina. Memang menarik lah pengalaman kali pertama belajar tulisan Cina! Lagi satu ialah Nam Wah Neon, syarikat yang membuat lampu neon, terus teringat filem Hong Kong yang dulu!
Pada pendapat anda, apakah makanan yang halal dan unik yang anda telah cuba di Hong Kong?
Anis : Antara kegemaran saya, yang saya rasa anda patut cuba ketika di Hong Kong adalah Itik Panggang Halal di gerai Wai Kee di Bowrington Road Market, kulit itik panggang yang crispy dicicah bersama sos plum istimewa mereka memang best dimakan panas-panas, walaupun kenyang pasti boleh makan lagi!
Selain pada itu Dim Sum di Islamic Centre juga memang sangat sedap, ianya disediakan segar setiap pagi oleh chef di situ. Dan lagi satu kegemaran saya ialah Beef Cake di Islam food, owh memang sangat sedap! Sampai sekarang saya masih termimpi-mimpi!
Hunny : Makanan Halal di Hong Kong memang lazat dan unik terutamanya Dim Sum di Islamic Centre Canteen dan Veal Goulash sertai Cold Cut Platter yang boleh didapati di restoran Islam Food.
Selain Islamic Centre, adakah anda dapat mengunjungi tempat menarik yang menjadi tumpuan para pelancong Muslim di Hong Kong?
Anis : Kami telah kunjungi kedai mamak Syed Bistro cawangan pertama yang dibuka di Hong Kong. Ianya sedang beroperasi di dalam mall Chung Kin Mansion yang terletak di tengah-tengah kota Hong Kong. Di mall tersebut terdapat pelbagai makanan halal, rempah ratus dari seluruh dunia dan pelbagai peralatan harian!
Hunny : Masjid yang pertama di Old Hong Kong, kami sempat ke sana dan melihat keunikan masjid tersebut. Islam Food, restoran halal di situ dikunjungi oleh warga Hong Kong dari pelbagai bangsa dan agama kerana makanan halalnya yang sungguh lazat!
Dalam rancangan Jom Hong Kong ini, adakah anda dapat menginap di hotel ataupun tempat penginapan yang mesra kepada para pelancong Muslim?
Anis : Kami telah menginap di Royal Plaza Hotel, hotel ini memang sangat sesuai buat pengunjung Muslim. Kesemua hidangan room service mereka adalah Halal dan buffet sarapan juga mempunyai halal counter yang disediakan.
Hunny : Kami menginap di hotel yang menyediakan halal options untuk waktu sarapan pagi dan juga menu halal diberikan untuk room service. Jadi kami tidak mengalami apa-apa masalah ketika menginap di hotel tersebut.
Tidak semua penduduk tempatan Hong Kong yang tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, oleh itu, adakah ianya sukar untuk mengembara secara solo (backpackers) ke Hong Kong?
Anis : Saya tak rasa yang ia susah untuk travel solo di Hong Kong, kebanyakan penduduknya boleh berbahasa inggeris. Selain pada itu, terdapat banyak kemudahan awam di sekitar kota itu. Setiap pelancong boleh menggunakan kenderaan awam seperti bas, train dan tram untuk ke destinasi yang diingini. Masjid atau surau juga boleh didapati di setiap bandar.
Hunny : Bagi saya, taka da masalah jika nak ke Hong Kong seorang diri. Penduduk Hong Kong yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris cukup ramai jika kita perlu bantuan dan mereka sangat mesra. Pengangkutan awam serta kemudahan awam di Hong Kong amat sistematik, cekap dan dikatakan “makes your travel experience smooth and easy”.
Terima Kasih!
Untuk tonton siri episod web Jom, Hong Kong! Sila layari www.discoverhongkong.com.