Pengembara tegar di sekitar Malaysia kini bisa mula mengemas beg pakaian serta keperluan mereka!
Berikutan aplikasi HotelQuickly kini telah bergabung tenaga bersama program kesetiaan BCARD demi memberi faedah tambahan kepada para ahli yang membuat tempahan penginapan hotel di saat akhir.
Untuk lebih menghangatkan kolaborasi baru itu, HotelQuickly kini sedang giat mempromosikan ganjaran untuk penginapan mewah dua malam di Monsoon Beach Villas, Koh Samui, Thailand. Pengguna baru untuk aplikasi ini boleh menyertai peraduan ini dari 21 Disember 2015 sehingga 8 Januari 2016 dengan membuat penebusan menggunakan kod ‘WINHOTEL’. Setiap peserta juga layak menerima potongan harga sebanyak 20% dari HotelQuickly untuk menempah hotel pilihan mereka.
Tambahan pula, khas buat para pengguna BCARD, mereka yang baru pertama kali membuat tempahan menggunakan kod promo akan akan mendapat tiga kali ganda bilangan normal BPoints, menjadikan setiap Ringgit yang dibelanjakan dalam tempoh pengaktifan bernilai tiga BPoints. Hebat bukan?
Tan Wen Dee, Pengurus Pemasaran HotelQuickly Dalaman Malaysia berkata, “Selain memberi tawaran hebat kepada mereka yang membuat tempahan hotel di saat akhir, kami juga ingin mencipta sesuatu yang bisa memberi seribu satu keseronokkan kepada pengguna baru kami. Dengan melakukan kerjasama bersama BCARD, sudah pasti kami bisa melakukan lebih banyak inisiatif serta kempen menarik khas buat para pengguna yang dihormati.”
BCARD adalah program ganjaran yang memfokuskan keperluan gaya hidup dan jenama terkemuka tanah air yang membolehkan penggunanya mengumpul mata BPoints dan menebus di seluruh 85 cawangan yang terlibat termasuk Starbucks, Chatime, serta Zalora.
Pengasas juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif HotelQuickly, Tomas Laboutka pula menjelaskan bahawa mereka sentiasa komited untuk membawakan sesuatu pembaharuan dengan melakukan kerjasama mesra bersama BCARD agar dapat memberi ganjaran yang lebih kepada pelancong Malaysia terutamanya.
Kini pemegang BCARD bisa menerima BPoint setiap kali mereka membelanjakan RM1 keatas servis HotelQuickly yang menawarkan lebih 250 lokasi destinasi menarik seluruh Asia Tenggara.
Anda boleh muat turun aplikasi Hotel Quickly di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hotelquickly.com dan get.hotelquickly.com/bcardwinhotel