Anda percaya tak kalau penulis katakan aiskrim yang sedap di atas hanya menggunakan 3 bahan sahaja? Dan ke semua bahan tersebut ada di dapur anda sahaja.
Aiskrim buatan sendiri sangat mudah, boleh dibuat dengan apa sahaja perisa yang anda mahukan dengan campuran bahan-bahan kesukaan. Malah, anda langsung tidak perlu menggunakan ice cream maker. Yeayyy!!
Kali ini, Wanista nak ajar cara buat aiskrim salted caramel yang serius sedap.
Bahan-bahan:
- 2 cup heavy cream
- 1 tin susu pekat manis
- sea salt secukup rasa ( ikut suka anda)
Cara membuatnya:
- Reneh 1 tin susu pekat manis ke dalam ais panas selama 2 jam.
- Selepas 2 jam, masukkan susu pekat manis ke dalam bekas, masukkan 1/2 sudu teh sea salt. Ratakan kesemuanya. Biar seketika selama 10 minit.
- 2 cup heavy cream dimasukkan ke dalam mesin pengisar, kisar sehingga sebati semuanya. Masukkan sedikit demi sedikit daripadanya ke dalam adunan karamel, kacau kesemuanya.
- Bila semua siap, sejukkan selama 6 jam. Dah boleh makan!
Tips : Anda boleh tambah juga bahan-bahan kesukaan lain seperti coklat cip, honeycomb dan pelbagai lagi.