Fonterra Foodservices Malaysia kini mengetengahkan satu inisiatif baharu untuk memperkenalkan pencuci mulut berasaskan keju dan bahan tenusu jenama Anchor, dengan menjalankan sebuah kempen yang digelar Anchor Say Cheese.
Tujuan kempen diadakan adalah untuk menarik minat orang ramai untuk menikmati Anchor Cream Cheese yang sememangnya popular dalam kalangan penggemar produk tenusu dan keju. Sebagai bonus, para peminat bisa menikmati keju krim dalam bentuk variasi hidangan mewah pencuci mulut atau manisan hasil ciptaan jenama Anchor sendiri.
Antara hidangan manisan yang disuntik dengan rasa keju krim keluaran Anchor adalah termasuk Kaizen Chizu Tart, Winter Magma dan Karui Snow Cake. Ketiga-tiga resepi manisan ini adalah hasil cetusan idea chef pastri dalaman Fonterra sendiri. Ia diadun menggunakan Anchor Cream Cheese sebagai bahan utama, lantas anda yang menikmatinya pasti berasa seolah sedang menikmati pencuci mulut bertaraf lima bintang. Sungguh mengasyikkan!
Dalam pada itu, ia dikatakan telah memakan masa selama berbulan-bulan bagi mencipta rangkaian hidangan manisan ini dengan penuh kesempurnaan. Ilham resepi manisan ini pula sebenarnya disunting dari trend makanan manisan yang berasal daripada Jepun dan Korea kerana dilihat begitu mendapat perhatian dalam kalangan peminat manisan di Malaysia buat masa ini.
Kaizen Chizu Tart adalah untuk mereka yang benar-benar membutuhkan rasa sensasi keju mengasyikkan. Winter Magma pula adalah buat penggemar tegar rasa gabungan coklat dan keju sempurna, manakala Karui Snow Cake adalah khas buat si dia yang sukakan rasa manis buah asli dengan panahan krim keju menggiurkan.
Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan manisan yang kaya dengan rasa keju krim eksklusif jenama Anchor ini di semua kedai pastri, roti dan kek terpilih seluruh negara bermula 8 September sehingga hujung bulan Oktober 2015. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM4.50 hingga RM6.50 sejenis.
Khas buat anda yang menetap di Lembah Klang, pencuci mulut ternama ini bisa ditemui di semua cawangan RT Pastry House. Kempen ini juga secara tidak langsung telah diperluas ke semua cawangan kedai pastri terkemuka seluruh Malaysia, antaranya Yeast Pastry di Melaka, Happy Angel di Ipoh, Happy Chef Bakery di Sarawak Port View Euro di Sabah dan Bread History di Penang. Manakala di dearah Selatan negara, SDS Bakery di Johor Bahru serta Fung Seng di Muar akan mula menjual ketiga-tiga pencuci mulut itu bermula 15 September ini.
Kesemua cawangan kedai pastri yang mengambil bahagian dalam kempen Anchor Say Cheese akan bertungkus lumus menghasilkan kembali resepi Kaizen Chizu Tart, Winter Magma dan Karui Snow Cake mengikut ciri serta aneka citarasa mereka tersendiri.
Setiap pembelian manisan ini akan dibungkus menggunakan kotak bungkusan istimewa oleh Anchor. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fonterrafoodservices.net