Destinasi fesyen atas talian terkemuka Asia, Zalora kini sekali lagi menjalankan kerjasama bersama Fox Network Group Asia sebagai salah satu penaja utama untuk rancangan realiti pencarian peragawati versatile, Asia’s Next Top Model (AsNTM) untuk musim ke-4!
Asia’s Next Top Model menampilkan 14 orang gadis bercita-cita besar yang dipilih dari 10 buah negara sekitar rantau Asia untuk mengembangkan bakat masing-masing dalam mewarnai arena fesyen antarabangsa.
Demi menghidangkan anda dengan sumber hiburan yang unik lagi menarik, Asia’s Next Top Model musim ke-4 tidak ketinggalan untuk membawakan gaya glamor melalui kaca televisyen rumah anda dengan seleksi padanan pakaian serta aksesori mengikut trend masa kini, kompilasi pilihan khusus dari ZALORA.
Dalam masa yang sama, penonton juga berpeluang melihat para peserta dari seluruh Asia ini termasuk Hong Kong, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia, dan Singapura melalui sesi kem model yang mencabar, dengan bimbingan dan sokongan daripada tiga hakim selebriti serta hakim jemputan yang terkemuka.
Ia diketuai oleh Cindy Bishop – pengacara yang serba boleh dan berbakat, Kelly Tandiono – mentor bagi para model, serta Yu Tsai – jurugambar fesyen terkenal yang juga merangkap Pengarah Kreatif Asia’s Next Top Model musim ini. Secara tidak langsung, buat julung kalinya anda turut berpeluang menyaksikan pesaing pertama dari Mongolia, Myanmar dan Korea Selatan bertanding bersama.
Gadis yang mewakili Malaysia, Nuraini Noor atau lebih senang disapa dengan nama Tuti, bakal berentap bersama 13 orang lagi peserta sebelum dinobatkan sebagai Asia’s Next Top Model 2016. Selain memandu pulang sebuah pacuan empat roda Subaru XV baru, pemenang utama juga berpeluang menghiasi muka hadapan majalah fesyen mahsyur Harper’s BAZAAR, menjadi muka bagi kempen produk kecantikkan rambut TRESemmé untuk tahun 2016 serta layak menyertai agensi model paling berprestij di bumi Eropah -Storm Model Management, setanding Cara Delevingne dan Kate Moss.
Jangan lupa saksikan Asia’s Next Top Model Musim ke-4, setiap hari Rabu, tepat jam 9pm, hanya di Astro StarWorld dan StarWorld HD, saluran 711 & 722.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zalora.com.my.