Awal minggu sudah, jenama pengeluar barangan elektronik serta kelengkapan solusi pejabat, CASIO sekali lagi tampil dengan sebuah kamera aktiviti luar yang telah diperbaharui dari segi kualiti serta fungsi dalamannya iaitu EXILIM EX-FR100.
Penghasilan kamera EXILIM EX-FR100 ini adalah berikutan kejayaan keluaran kamera kompak EXILIM EX-FR10 yang terdahulu. EXILIM EX-FR10 berdaya mengambil hati para peminat aktiviti sukan luar yang lasak seperti penunggang basikal serta para pengguna yang inginkan sesuatu lebih mudah serta ringkas tatkala sedang berada dalam pengembaraan -bertemankan kamera yang mudah diurus dan digunakan tanpa had mahupun batasan.
Untuk pengetahuan anda, CASIO begitu komited untuk mencabar kebolehan teknologi kamera ciptaan mereka. EXILIM EX-FR100 begitu diyakini bisa memenuhi pengalaman serta keperluan para pengembara yang dahagakan sesuatu keistimewaan, membolehkan mereka merakam detik-detik indah setiap masa!
Seprti juga siri kamera EXILIM EX-FR10 terdahulu, EXILIM EX-FR100 tampil dengan fungsi kepelbagaian yang tahan lasak termasuklah kalis air, debu, kejutan dan rintangan selain bisa digunakan dengan mudah tanpa menggunakan tangan seperti kamera kompak jenis lain.
Tonton Pautan Video CASIO EXILIM EX-FR100
Bukan itu sahaja, kamera inovasi ini turut boleh digunakan dengan dua cara, sama ada anda mahu menggunakan lensa secara berasingan atau tetap menyambungkannya pada badan paparan skrin. Lensa kamera berkenaan berupaya untuk dilekapkan pada apa sahaja jenis permukaan dan boleh dikawal dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh.
Unit ini hadir bersama lensa bersudut lebar 16 mm baru untuk memudahkan tangkapan imej selfie peribadi, gambar kumpulan, bahkan fotografi landskap ang mengujakan tatkala sedang berada dalam pengembaraan aktiviti lasak atau melancong!
EXILIM EX-FR100 terdapat dalam 3 pilihan warna menonjol termasuk hitam, putih dan kuning. Harga pasaran yang ditawarkan adalah RM2,149 seunit dan turut dibekalkan bersama aksesori tambahan kamera seperti Carabineer Clip Attachment, Tripod Nut, Advance Selfie Stick dan Action Camera Adapter.
Untuk keterangan lanjut berkenaan produk, sila layari www.casio-intl.com atau lawat Facebook EXILIM Malaysia di www.facebook.com/CasioExilimMalaysia.