Sebagai pengedar barangan elektrik kelengkapan rumah serta perkakas dapur terkemuka antarabangsa, TEFAL sekali lagi cuba mengambil hati kaum ibu serta para pencinta makanan dengan memperkenalkan rangkaian periuk dan kuali baharu yang bermutu tinggi -mampu memelihara tekstur, rasa dan warna makanan.
Rangkaian alatan memasak ini sesungguhnya direka dengan penuh ketelitian, tidak ketinggalan untuk memanfaatkan teknologi Thermo-spot yang telah diperbaiki fungsinya. Ia adalah merupakan lapisan titanium tidak melekat yang disertai kuasa teknologi Titanium Excellence dan Titanium Force -dijamin bisa memanjangkan jangka hanyat penggunaan.
Bersempena sambutan ulang tahun TEFAL yang ke-60 juga, Tefal Titanium Cookware turut akan menjalankan siri jelajah yang memaparkan kemajuan evolusi teknologi ciptaannya daripada produk keluaran awalnya dari kuali tidak melekat sehinggalah kepada ciptaannya yang paling terkini seperti perkakas dapur dan elektrik TEFAL lain, selari dengan kehidupan moden masa kini.
Kini sesiapa sahaja bisa menjadi tukang masak yang profesional, walaupun hanya di rumah! Dengan menggunakan periuk dan kuali dari siri rangkaian Tefal Titanium Cookware, pengalaman memasak anda bukan setakat menjadi lebih mudah, bahkan lebih menyeronokkan.
Pelapik Thermo-Spot janaan teknologi dan kebijaksanaan TEFAL sendiri ini turut dilengkapi pada kuali dan periuk Tefal Titanium Cookware mempunyai kebolehan untuk mengesan dan memelihara suhu dengan baik tatkala proses memasak makanan sedang berlaku. Hasilnya, makanan yang disediakan itu kekal sihat, rasanya terpelihara, tekstur makanan bagai masakan chef hotel lima bintang dan yang paling penting, risiko makanan untuk hangus adalah 0%.
Untuk pengetahuan anda juga, salutan tidak melekat TEFAl adalah diperbuat dari sejenis material polimer yang dipanggil Polytetrafluoroethylene atau lebih mudah sebagai PTFE. Apa yang istimewa, ianya tidak akan bertindak balas secara kimia keatas makanan, air, serta produk pembersihan rumah. Aplikasi keselamatan ini telah diiktiraf oleh agensi kesihatan awam eropah dan Amerika Syarikat.
Terdapat tiga jenis siri seleksi yang ditawarkan dalam rangkaian Tefal Titanium Cookware termasuk, Tefal EXPERTISE, Tefal PLEASURE dan Tefal SO INTENSIVE. Masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam memenuhi aspek keperluan yang dicari oleh variasi pengguna hari ini. Tiada apa yang dapat dinafikan, TEFAL bukan sahaja jenama yang mula-mula mencipta kuali tidak melekat sejak 6 dekad lalu, bahkan sentiasa komited untuk terus mekar dalam ciptaan inovasinya yang unik serta berkredibiliti.
https://www.youtube.com/watch?v=rxZt7RhIyrY
Anda boleh mula dapatkan rangkaian Tefal Titanium Cookware di semua gedung perkakas rumah dan kaunter pengedar barangan TEFAL yang sah di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tefal.com atau lawati laman Facebook Tefal Malaysia di www.facebook.com/mytefal.