Pengacara Hunny Madu tampil dengan single terbaru ‘Hello’.
‘Hello’ merupakan sebuah single terbaru dari Hunny Madu hasil kolaborasi bersama Aman Ra yang merupakan seorang rapper yang popular di industri tanah air. ‘Hello’ adalah sebuah lagu yang berirama POP, yang berlainan dari irama hip-hop yang selalu diketengahkan oleh Hunny Madu.
Lagu ‘Hello’ ini telah di tulis oleh Hunny Madu sendiri, lirik oleh Hunny Madu dan Aman Ra, dan telah diterbit dan disusun oleh seorang produser yang berbakat besar iaitu, AG Coco.
Untuk muzik video ‘Hello’ pula, Hunny telah merakamkan muzik video ini pada beberapa bulan yang lepas dan telah menampilkan rakan-rakan artisnya seperti Sazzy Falak, Reem Shahwa, Kayda, Amelia Henderson, Amber Chia, Tiz Zaqyah, Mu’daz dan Freeze. Muzik video yang berkonsepkan ceria dan berwarna warni ini telah diarahkan oleh Tech & Ego dari KayaButter House.
Hunny Madu pernah mengeluarkan album pertama beliau bertajuk ‘Pulau Janji’ pada tahun 2011 dan sebuah Mixtape yang bertajuk ‘GoHard Or GoStan’ pada tahun 2014 bersama Kayda dan Mixtape ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar muzik hip-hop tanah air. Dua buah lagu yang dimuatkan di dalam Mixtape tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat mereka iaitu ‘GoHard Or GoStan’ dan ‘Gucci Dowh’.
‘Hello’ nyanyian Hunny Madu bersama Aman Ra ini diedarkan oleh Mtertain Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music (M) Sdn Bhd.