Untuk pengetahuan anda, Far East Hospitality (FEH), pengendali terbesar hotel dan kediaman servis di Singapura mengumumkan pembukaan Oasis Suites Kuala Lumpur dalam suku kedua 2016. Oasia Suites Kuala Lumpur adalah hotel pertama di bawah jenama Oasia oleh Far East Hospitality yang ditampilkan di luar Singapura.
“Malaysia merupakan gerbang utama bagi portfolio FEH yang semakin berkembang dengan sejumlah 25.7 juta ketibaan pelancong setiap tahun, membuatkannya satu pilihan tepat bagi penceburan pertama Oasia di luar Singapura.
“Pembukaan Oasia di Kuala Lumpur adalah satu lanjutan komitmen kami untuk meneruskan jenama unik hospitaliti dengan gaya Singapura kami ke peringkat serantau dan menawarkan para tetamu kepelbagaian pilihan yang luas, selaras dengan keperluan dan gaya pengembaraan mereka.
“Perkembangan Oasia datang pada masa yang baik ketika rantau terus matang dan kami percaya bahawa fokus jenama yang jelas dalam kesihatan dan kesejahteraan akan disambut baik oleh para tetamu perniagaan dan percutian kami,” ulas Encik Arthur Kiong, Ketua Pegawai Eksekutif FEH.
Menariknya, Oasia terletak di dalam lingkungan Segitiga Emas Kuala Lumpur dengan akses mudah ke infrastruktur perniagaan utama bandar, dan bersebelahan dengan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, satu-satunya hutan hujan tropika dara yang terus hidup di Kuala Lumpur, hotel ini menawarkan tempat rehat unggul di dalam kawasan bandar dengan pemandangan kehijauan yang meluas serta bangunan pencakar langit di sekelilingnya. Jarak perjalanan selama 15 minit akan membawa para tetamu ke Stesen Monorel Bukit Nanas yang berdekatan di mana pengangkutan awam boleh didapati.
Oasia Suites Kuala Lumpur mentakrifkan semula dan menetapkan standard baru kepada pengalaman hospitaliti bandar sebagai satu destinasi pilihan di kalangan pengembara yang mengutamakan kesejahteraan di ibu kota Malaysia, dan ia merupakan sebuah tempat percutian pemulihan di dalam bandar yang memberikan inspirasi dan memperkasakan para tetamu untuk Journey Well dengan tiga tunggak kesejahteraan – Refresh, Refuel dan Recharge.
Refresh
Mengandungi sejumlah 247 bilik di dua buah blok, Oasia Suites Kuala Lumpur terdiri daripada 25 bilik Superior, 59 bilik Deluxe, 79 bilik Premier, dan 39 apartmen satu bilik serta 45 apartmen dua bilik. Kemudahan-kemudahan hotel ini, seperti dapur kecil, mesin basuh dan pengering, ruang tamu dan sambungan Wi-Fi, membuatkannya satu penginapan pemulihan yang ideal untuk menyegarkan tubuh dan minda bagi kedua-dua penginapan jangka pendek dan panjang.
Satu ciri unik yang ditawarkan oleh Oasia Suites Kuala Lumpur adalah sistem akses dwi-kunci. Ciri ini membolehkan tetamu berkumpulan untuk menginap di satu unit yang boleh dibahagikan menjadi dua apartmen bersebelahan dalam satu unit yang sama. Pilihan ini memberikan kelonggaran bagi kumpulan pengembara perniagaan atau keluarga dan boleh menampung sehingga 6 orang tetamu.
Refuel
Hidangan sepanjang hari boleh didapati di restoran lobi, Kafe Oasia, dengan tawaran menu ala carte antarabangsa dan bufet sarapan pagi yang sihat dan lazat. Hidangan Kafe Oasia diperbuat daripada sumber bertanggungjawab untuk memulihkan tenaga para tetamu. Tetamu juga boleh menjangkakan pertukaran menu musiman dengan pilihan sihat setiap suku tahunan yang menyediakan pilihan hidangan baru untuk tetamu nantikan setiap kali.
Recharge
Lepaskan diri dari kesibukan kota dan bersantai di taman aras bumbung yang terletak di tingkat ke-24, di mana terdapat kolam renang yang dikelilingi pemandangan indah bandar. Di tingkat yang sama, kemudahan gimnasium 24 jam boleh didapati untuk para tetamu memulihkan kecergasan dengan kelengkapan senaman terkini sambil menikmati pemandangan indah Menara Kuala Lumpur.
Para eksekutif perniagaan juga boleh memilih untuk menggunakan bilik-bilik mesyuarat untuk perbincangan perniagaan dalam suasana yang tenang dan selesa. Ruang istirehat yang terletak bersebelahan kolam renang adalah sebuah ruang yang menyenangkan untuk para tetamu bersantai sambil menikmati pemandangan indah Bandar Kuala Lumpur.
Oasia Suites Kuala Lumpur terletak di No. 10, Lorong P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. Kadar bilik bermula dari MYR400++ semalam untuk Bilik Deluxe. Bagi tetamu yang menginap mulai 18 April 2016 hingga 31 Disember 2016, Far East Hospitality akan menawarkan promosi pra-pembukaan dengan potongan 50% bagi Kadar Bilik Terbaik.
Untuk tempahan, sila hubungi 1800 806 615 atau emel ke reseasy@fareast.com.sg.