Huawei, antara syarikat pembekal solusi dan ICT terkemuka antarabangsa baru-baru ini mengumumkan pelantikkan ikon bola sepak dunia, Lionel Messi sebagai Duta Jenama Global syarikatnya.
Rumpun kerjasama Huawei bersama Lionel Messi melambangkan penjajaran jenama berkenaan bersama orang ramai yang secara tidak langusng bisa mempamerkan suatu perhubungan yang jitu.
Untuk mencapai suatu kemuafakatan, kita perlu bijak menilai sesuatu perkara, sanggup bersusah-payah dan mampu menghargai setiap detik pengalaman di dalam hidup. Itulah elemen asli yang sedikit sebanyak membantu untuk bawa kita ke tahap yang lebih baik. Cabaranlah sebenarnya menjadikan kita seorang yang sempurna. Demikianlah juga Huawei dan Lionel Messi, hubungan yang cuba disemai ini bakal mewujudkan suatu pembaharuan di masa hadapan.
“Lionel bisa membantu kami untuk menggalakkan orang ramai untuk bermuafakat sesama mereka terutama sekali di sekitar Eropah, Asia dan Amerika Latin, tempat di mana Huawei meletakkan harapan untuk melebarkan sayap kepesatan”, jelas Kevin Ho, Presiden Perniagaan Telefon Bimbit, Huawei Consumer Business Group.
Huawei turut percaya bahawa sukan adalah jalan hebat yang dimanfaatkan oleh seseorang individu untuk memperkasa kehidupan. Dan kami jelas, sukan bola sepak adalah jenis sukan utama yang mempelopori arena sukan dunia. Untuk pengetahuan anda lagi, Huawei turut pernah melabur dalam beberapa pasukan bola sepak dunia termasuklah América, Santa Fe, Sporting Cristal, Arsenal, Atlético de Madrid and the AC Milan agar mereka ini bisa terus menjadi medium penyebar prinsip, inspirasi dan nilai moral positiviti kepada individu di seluruh dunia.
“Anda harus berusaha untuk mencapai impian. Anda harus sanggup berkorban, lihat kehadapan demi mencapai kesejahteraan. Jika anda merasakan anda gagal pada hari itu, bangkit dan cuba lagi”, pesan Lionel Messi.
Dilihat begitu komited melaksanakan tanggungjawab bagi mewujudkan pembaharuan dalam sektor inovasi, Huawei kini telah di angkat menjadi antara 3 pengeluar telefon pintar terbaik di dunia. Prestasi dan rekaan telefon pintarnya yang begitu menarik dapat dilihat pada siri Mate, P dan G yang kini dilihat semakin popular dalam kalangan pengguna yang terdiri dari ahli perniagaan dan korporat. Mate 8 adalah direka khusus untuk memenuhi keperluan para peniaga profesional yang mahukan sesuatu pembaharuan. Sejak dilancarkan pada 26 November 2015, Huawei telah berjaya menembusi pasaraan global! Sebanyak 3 Juta unit Mate 8 telah dijual kepada pengguna di seluruh dunia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari consumer.huawei.com/my