Jelas sekali, produk pemutihan biasanya sukar untuk diramal keberkesanannya. Bahkan, kulit langsung tidak memberi tindak balas yang positif walaupun telah menggunakan produk berpandukan arahan yang diberikan. Apa faktor penghalangnya?
Selain bentuk tubuh yang ideal, kulit wajah mulus dan putih juga menjadi idaman setiap wanita yang ada di muka bumi ini. Kita sering sahaja cemburu melihat kecantikkan wanita lain sambil diri dibanding-bandingkan dengan mereka yang dianggap “flawless” itu. Betul?
Sejak dari zaman ratu Cleopatra lagi, penjagaan kulit wajah amatlah dititik beratkan. Semua wanita mahukan kulit yang halus, licin dan kelihatan putih berseri tanpa sebarang cela.
Kulit cerah bersinar sahaja bukanlah pakej lengkap kepada kombo kulit yang sihat. Cerah sahaja tidak mencukupi. Ramai wanita yang butuhkan rangkaian penjagaan wajah lengkap -membersih, mencerah, menyihatkan tetapi sering kali kecewa dengan hasil yang diperolehi.
Meskipun seseorang telah banyak melaburkan wang untuk membeli produk rangkaian penjagaan wajah yang terbaik, tanpa manfaat diet sihat serta amalan tidur secukupnya, kulit anda pasti tidak akan mendapat kesan positif yang sewajarnya daripada penggunaan produk terbabit. Oleh itu, anda harus bijak menimbang tara faktor utamanya dahulu.
Di sini, Wanista nak berkongsi tentang 7 langkah yang boleh anda amalkan demi mendapatkan hasil kulit yang cerah berseri.
#1 Singkirkan Sel Kulit Mati!
Pengelupasan adalah rejim penjagaan wajah yang penting. Ia dapat bantu mencerah, sekaligus memulih kondisi permukaan kulit anda.
Selain itu, melakukan pengelupasan menggunakan gel skrub ke atas kulit wajah juga pasti membuatkan kulit anda lebih nyaman di mana sapuan produk ke atas muka lebih lancar.
Ingat! Kulit yang bersih lebih senang untuk menyerap segala nutrisi yang disapu keatasnya.
#2 Lembapkan Kembali Kulit Anda
Kulit yang kering akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Yup! Da itu akan lebih menyukarkan proses pencerahan.
Oleh itu, ianya sangat-sangat penting untuk menyapu lembapan yang secukupnya pada permukaan kulut wajah setiap pagi dan sebelum tidur.
Jangan lupa untuk urut kulit muka tatkala sedang menyapu krim pelembab pada kulit. Ia akan membantu produk berkenaan menyerap lebih baik sehingga ke lapisan kulit paling dalam.
Urutan juga bisa merangsang otot dan tisu kulit untuk bangkit segar! Lebih lembab kulit anda, lebih senang untuk ia menyerap segala nutrisi yang dibekalkan oleh sesuatu rangkaian penjagaan wajah yang anda gunakan.
#3 White Plus Renew Original Essence Adalah Kemestian
Laniege White Plus Renew Original Essence_EX mampu mencerahkan kulit anda hanya dalam masa sesingkat 8 minggu! Ia diperkaya dengan Estrak Protien Teh Hijau yang berfungsi untuk menyerap 2 kali lebih dalam sehingga ke lapisan sel melanin, Estrak Pekat Yis Truffleyang bisa menawarkan kesan pencerahan lebih efektif serta menyalurkan elemen pencerahan yang disertai Saururus iaitu sejenis ramuan sayuran untuk mengurangkan iritasi kulit.
Laniege tampil memformulasikan White Plus Renew Original Essence_EX dengan gabungan keberkesanan teknologi Cell-Water-Glow yang pertama seumpamanya bukan sahaja untuk memulih sel kulit rosak malah menjana sel kulit baru untuk hasilkan kulit lebih cerah. Ia bagaikan rawatan Glutathione yang hadir dalam satu botol, bahkan lebih murah!
Klik untuk baca artikel: LANEIGE WHITE PLUS RENEW ORIGINAL ESSENCE _EX: SETARAF RAWATAN KULIT PROFESIONAL
#4 Lindung Kulit Dari Matahari
Pancaran UV Mataha ri seperti UVB dan UVA akan menyebabkan kulit gelap dan cepat berusia. Oleh itu, sapu krim atau cecair pelindung matahari untuk memelihara kulit daripada terbakar dan rosak saban hari. Bawa bersama payung atau pakai topi ketika berada di tengah panas sedikit sebanyak boleh membantu.
#5 Ambil Vitamin C
Vitamin C baik untuk fizikal dan kesihatan dalam tubuh. Ia bisa memerangi keterjejasan radikal bebas. Pengambilan vitamin C yang secukupnya terbukti secara klinikal untuk merangsang tahap gluthathoine dalam darah dan ini boleh bantu mencerahkan tona kulit serta menambah seri. Ambil sekurang-kurangnya 1,000 – 3,000mg Vitamin C sehari yang boleh anda dapati dari pelbagai jenis buah-buahan serta makanan tambahan.
#6 Minum 6 hingga 8 Gelas Air Putih Sehari
Minum air secukupnya penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh kerana ia bantu proses perkumuhan. Ia boleh mengeluarkan toksin dalam badan, menambah kelembapan serta meremajakan kulit.
Apabila kulit semakin sihat, perlahan-lahan pingmentasi kusam akan beransur hilang dengan sendiri manakala kulit baru yang tumbuh boleh menggantikan kulit kusam tadi.
Diet seimbang yang mengamalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran juga bantu untuk memperbaharui kondisi kulut wajah.
#7 Tidur Untuk Cantik!
Tidak cukup tidur boleh meningkatkan hormon tekanan dalam badan. Bukan itu sahaja, anda juga sebenarnya menggalakkan radang sel kulit dalam badan hingga meningkatkan kerosakkan kolagen dan asid hyaluronik yang berfungsi untuk mencerah, menganjal serta menjadikan kulit bercahaya. Kalau nak kulit cantik, dapatkan tidur yang cukup!