Carolina Herrera adalah jenama berkelas antarabangsa yang tidak asing lagi dalam arena fesyen dunia. Sering tampil dengan rekaan yang penuh berkarakter, diselangi pula dengan getaran sofistikated, wanita yang berjiwa besar pasti tampak lebih menonjol tatkala mengenakan persalinan serta aksesori dari CH Carolina Herrera.
Dilihat, Carolina Herrera begitu bijak menggabungkan sifat dan elemen yang berlainan ke dalam setiap satu rekaannya agar pada akhirnya dapat mewujudkan suatu penggayaan yang versatile, selari dengan trend pemakaian fesyen masa kini.
Baru-baru ini, bertempat di butik jenama berkenaan yang berlokasi di Suria KLCC, CH Carolina Herrera dengan bangganya mempersembahkan barisan koleksi Musim Bunga/Panas 2016, termasuklah menayang rekaan Baret Bag yang sangat eksklusif dan ranggi diinspirasi dari pengembara dunia abad ke-18, Jeanne Baret.
Perincian ruangan dalam butik kelihatan sangat hebat! Setiap sudut disusun rapi, dihiasi rak-rak kaca mewah yang secara tidak langsung menarik titik pandangan utama mata untuk tertumpu pada aksesori terkini rekaan Carolina Herrera yang terpamer di dalamnya.
Bukan itu sahaja, bermacam jenis serta warna beg tangan dari pelbagai siri koleksi CH Carolina Herrera juga turut tersergam indah di barisan rak yang tergantung pada dinding -membuatkan para tetamu yang hadir terasa lebih megah umpama sedang menapak dalam taman syurga fesyen.
Klik untuk baca artikel: KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2016 CH CAROLINA HERRERA TONJOL INSPIRASI 60-AN
Turut hadir untuk menjayakan majlis pra tonton koleksi Musim Bunga/Panas 2016 CH Carolina Herrera adalah selebriti dan ikon fesyen tempatan yang berwajah jelita iaitu Fazura Shariffuddin.
Pada masa yang sama, Fazura telah diberi peluang oleh pihak CH Carolina Herrera untuk tampil dengan 20 item kegemarannya yang dipilih berdasarkan koleksi Musim Bunga/Panas 2016 carolina Herrera. Antaranya:-
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.carolinaherrera.com atau terus sahaja ke butik CH Carolina Herrera di alamat:-
SURIA KLCC, Kuala Lumpur City Centre,
Ground Floor,
Kuala Lumpur, 50088, Malaysia.