Siapa sini suka nasi lemak? Kiranya siang dan malam mesti makan nasi lemak. Lebih-lebih lagi kalau dapat nasi lemak yang sambalnya memang secukup rasa, tambah tiga empat kali pun tak apa.
Terkini, nasi lemak yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh Majalah TIME.
Menurut majalah itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak, namun ia mengandungi pelbagai nutrisi yang paling diperlukan tubuh.
“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat. Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” majalah TIME.
BACAAN : 15 LOKASI KEDAI NASI LEMAK POPULAR DAN SEDAP DI LEMBAH KLANG