Dengan bangganya, jenama pembekal alatan dan pakaian sukan global terkemuka, NIKE sekali lagi menjadi perhatian umum tatkala memperkenalkam seragam kebangsaan untuk tahun 2016!
NIKE menggunakan setiap inci kepakarannya dalam menghasilkan rekaan pakaian seragam sukan dengan penuh strategik. Bahkan, setiap satu daripada rekaan yang mewakili jenis sukan adalah begitu terperinci dengan mengambil kira semua aspek kepentingan yang bakal mempengaruhi prestasi serta mutu seseorang atlet.
Bukan itu sahaja, setiap helaian turut dihasilkan untuk menyumbang satu tujuan mutlak iaitu: kebebasan bergerak, penyejukan, pengurusan peluh dan mudah bernafas.
Persalinan seragam kebangsaan ini akan mewakili kesemua atlet terbaik dunia, merangkumi koleksi seragam baharu keluaran jenama NIKE yang digelar “System of Perf0rmance”. Ianya direka khas buat pemakaian atlet dan para pemain sukan Bola Sepak, Bola Keranjang serta Larian Trak atau Padang.
Sistem yang bakal membaluti badan atlet dengan kehebatan optimum ini adalah berlandaskan reka bentuk yang amat sesuai dengan pergerakkan tubuh manusia. Pada musim panas ini, sistem ini akan muncul di lebih 20 gedung barangan dan pakaian sukan sebagai sebahagian seragam sukan kepada lebih 20 buah negara.
Maju ke hadapan, NIKE begitu komited menjanjikan suatu penjanaan hebat dengan menawarkan pendekatan bersepadu kepada para atlet dalam semua jenis sukan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nike.com/my