Minuman isotonik Nombor 1 di United Kingdom (UK), Lucozade Sport™, memberikan lebih penghidratan untuk meningkatkan prestasi rakyat Malaysia! Peminat-peminat sukan di seluruh negara kini boleh merasai sendiri minuman sukan yang ternyata hebat dengan formula elektrolit dan karbohidrat yang terbukti berkesan!
Sebagai menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan yang mahukan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha untuk menjadi negara bersukan, Lucozade Sport™ baru-baru ini telah mengumumkan kerjasamanya sebagai Pembekal Rasmi The Reebok Spartan Race Malaysia. Acara World’s Best Obstacle Race versi Malaysia ini telah diadakan di Bandar Bestari, Klang yang menyaksikan lebih 8,000 peserta berdepan lebih 20 halangan dengan jarak sejauh 13km untuk memperoleh pingat Spartan Finisher yang menjadi rebutan.
Marcus Luer, Pengasas dan CEO Kumpulan Total Sports Asia (TSA) berkata: “Kami teruja dengan kerjasama Lucozade Sport™ sebagai Pembekal Utama The Reebok Spartan Race Malaysia. Kami sentiasa menyarankan para Spartan untuk mengekalkan penghidratan semasa berlumba, dan Lucozade Sport™ sememangnya membantu para peserta mencapai matlamat ini.”
“Saya amat teruja mendapat tempat pertama! Saya mula menyertai acara triatlon, dualton dan perlumbaan cabaran sejak 1996 dan inilah kali pertama saya menyertai Spartan Race. Saya tahu penghidratan adalah amat penting untuk seorang atlet. Saya amat menyukai citarasa Lucozade Sport; minuman isotonik ini tidak berkarbonat dan memang banyak membantu dalam proses penghidratan!” kata Heidilee Mohammad, 33, pemenang pertama kategori Elite.
Lucozade Sport™ melantik atlet bertaraf dunia sebagai duta mereka, antaranya pemain bola sepak terkenal, Steven Gerrard. Bukan itu sahaja, Lucozade Sport™ juga adalah minuman sukan rasmi untuk Pasukan Bolasepak England, Pasukan Ragbi England, dan Persatuan Ragbi Scotland serta acara-acara sukan terkenal seperti London Marathon dan acara Great Run Series.
Bagi mencapai matlamatnya untuk berinteraksi dengan lebih ramai atlet di seluruh Malaysia, Lucozade Sport™ aktif membekalkan formulasinya yang terbukti secara saintifik kepada para pelumba di acara-acara sukan yang popular. Setakat ini pada tahun 2016, jenama ini telah menyertai Compressport Trail Run, Twincity Marathon dan Malaysia Women Marathon serta banyak lagi acara pada masa akan datang. Nantikan kemunculan pasukan Lucozade Sport™ di acara sukan berhampiran anda, atau layari www.lucozadesport.com atau www.youtube.com/lucozade untuk mendapatkan maklumat lanjut.