Hanya kerana perbezaan usia lebih 50 tahun, perkahwinannya dengan suami menjadi usikan netizen, sekaligus menimbulkan rasa tidak selesa buat si isteri, Nur Nasirah Nazri.
Nasirah yang baru berusia 18 tahun, mengahwini Ismail Lambak yang berusia 62 tahun.
Kesal dengan situasi itu, Nasirah meninggalkan komen di akaun Facebook berkenaan.
Netizen, biarpun ada yang dilihat seolah-olah cuba menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka, namun masih ramai yang positif dan memberi sokongan buat Nasirah.
Apa yang penting kata mereka, adalah menghalalkan perhubungan dan faktor usia sepatutnya tidak dijadikan isu.