Jenama pengeluar barangan dan fesyen sukan eksentrik PUMA baru-baru ini sekali lagi cuba untuk memberi seleksi pilihan fesyen sporty yang sensasi dengan memperkenalkan sebuah kempen khas untuk wanita, bertujuan untuk mempromosi kasut senaman yang jauh lebih bergaya iaitu PUMA Fierce.
Seorang ahli perniagaan dan ikon fesyen terkenal di bumi Hollywood, Kylie Jenner telah dipilih menjadi visual utama serta duta bagi kempen istimewa berkenaan yang bakal berlangsung mulai 1 April 2016!
PUMA Fierce bukanlah seperti sepatu senaman yang lain, ianya memiliki komposisi reka bentuk yang ringan, direka dengan teliti untuk memenuhi gaya para gadis masa kini yang sering mementingkan versatiliti serta imbuhan fungsi yang bermutu. Dalam masa yang sama, ia turut bisa meningkatkan prestasi pergerakkan tubuh.
Rekaan PUMA Fierce adalah berdasarkan struktur pelipat atas kaki yang sedikit dramatik berserta gaya reka bentuk tindanan teknikal. Tapak kasut bahagian luar tengahnya (midsole) juga adalah stabil, berkemampuan untuk menyokong sebarang jisim tekanan yang dilakukan oleh kaki. Manakala pada bahagian luar hadapan tapak yang dibarisi lubang-lubang kecil pula berfungsi untuk memberi ketangkasan dinamik kepada setiap pergerakkan yang dilakukan.
“Kylie Jenner mewakili masa depan golongan muda yang celik fesyen melalui item inovasi yang direka khas untuk kaum wanita seperti PUMA Fierce ini. Oleh itu kami begitu teruja untuk memperkenalkan beliau sebagai muka kempen gah ini”, jelas Adam Petrick, Pengarah Global Jenama dan Pemasaran PUMA.
Untuk menghangatkan lagi kempen PUMA Fierce yang dibintangi gadis pujaan ramai si Kylie Jenner, sesiapa yang masuk ke gim atau melakukan senaman dengan menggunkan hastag #FOREVERFIERCE pada gambar yang dimaut naik di akaun media sosial peribadi, anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah koleksi terkini dari PUMA, bahkan akan mendapat tawaran untuk dipaparkan dalam saluran sosial jenama PUMA sendiri.
Anda boleh mula mendapatkan PUMA Fierce yang ditawarkan dalam 4 rona pilihan memukau di butik PUMA KLCC, Pavilion dan Sunway Pyramid. Tidak ketinggalan, kasut siri PUMA Fierce ini juga boleh dibeli secara atas talian di www.puma.com. Harga yang ditawarkan adalah pada RM429 sepasang.