Zaman sekarang ni agak sukar nak melancong, lebih-lebih lagi apabila rata-rata dari kita perlu pandai membuat kira-kira tatkala memilih lokasi pelancongan yang ideal dengan sukatan bajet yang ada. Hmm… Jadi macam mana caranya?
Sebenarnya, bajet bukanlah penghalang utama untuk anda sampai ke destinasi pelancongan impian. Apa yang anda perlu buat? Anda harus bijak membuat pilihan dengan menggunakan alternatif media digital seperti Hotels.com! Yup! Seperti yang kita semua sudah sedia tahu, Hotels.com ada menawarkan pelbagai seleksi lokasi pelancongan yang bersesuaian dengan peruntukkan kewangan anda -melihatkan keadaan ekonomi yang agak tidak memberangsangkan ketika ini mungkin membuatkan impian anda dan keluarga punah begitu sahaja.
Hotels.com sangat peka dengan keperluan dan kehendak anda. Jadi, tiada lagi masalah untuk bercuti ke tempat menarik walaupun poket anda sedang kempis. Apa yang lebih menarik, apabila anda telah membuat tempahan penginapan sebanyak 10 malam secara berturut-turut atau secara berselang melalui Hotels.com, anda sebenarnya akan mendapat satu lagi malam penginapan secara percuma! Hebat sungguh ganjaran yang ditawarkan oleh Hotels.com ini kan? Jadi, mulalah menempah penginapan idaman anda melalui Hotels.com hari ini!
#1 GOA, India
Jika anda hendak melihat pemandangan pantai yang nyaman dan impikan ketenangan berpanjangan, kunjungilah ke GOA, India. Selain merupakan destinasi percutian mewah yang sering digembar-gembur pelancong asing, terdapat banyak aktiviti menarik yang bisa anda lakukan tanpa memerlukan bajet yang banyak.
Antaranya, anda boleh melihat tinggalan sejarah yang penuh dengan nostalgia bekas jajahan kuasa Portugis dahulu kala yang terletak di Panaji. Panaji telah pun diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah sebuah tapak warisan sejarah lama di GOA. Anda mampu merasakan getaran kewujudan serta kegemilangan empayar Portugis sebaik menjejakan kaki ke sini.
Untuk lebih mendalami struktur binaan menarik yang terdapat di sekitar GOA, teruskan berjalan sehingga Latin Quarter, Fontainhas. Selepas penat berjalan, anda bolehlah singgah merehatkan diri di pesisir pantai Tranquil yang terletak di pantai Candolim. Ramai pengunjung yang memberi 4.8/5 bintang kepada bilik penginapan yang disediakan di GOA iaitu hanya dari RM208 semalam, meskipun bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih murah dari hotel eksklusif. Anda boleh cuba menginap di La Maison Fontainhas – Panaji.
#2 Luang Prabang, Laos
Jika anda nak cari lokasi percutian eksotik yang sedikit dekat dengan Malaysia, ha bolehlah pergi ke Luang Prabang, Laos. Lokasinya terletak 700 meter di atas paras laut, terhimpit di antara Nam Khan dan Sungai Mengkong. Tapak warisan sejarah yang diiktiraf UNESCO ini juga menawarkan seribu satu aktiviti menarik yang boleh menjadi kenangan terindah kepada diri anda dan kenalan yang turut sama mengembara.
Habiskan satu hari untuk bersiar di pekan yang memiliki hampir 32 buah candi seperti Vat Vixoun, Vat Xieng Thong dan Vat Sene. Untuk anda yang gemarkan aktiviti mencabar fizikal, boleh cuba untuk mendaki gunung Mount Phousi demi melihat alam panorama yang jelas terbentang indah.
Bila dah lapar tu, jangan lepaskan peluang untuk ke pasaraya kota yang pastinya bakal membuatkan selera anda bertambah-tambah! Pelbagai jenis makanan tradisi orang tempatan yang ada dijual di Luang Prabang ini! Yang paling penting, harga makanan adalah sangat murah! Buat yang belum pernah merasa, boleh cuba kek kelapa panas serta salad daging cincang yang pastinya enak belaka.
Mendapat 4.6/5 bintang dari para pengunjung yang pernah menginap, Le Bel Air Boutique Resort and Villa akan menjanjikan kepuasan maksima. Harga yang ditawarkan adalah pada RM307 semalam.
#3 Cebu, Filipina
Walaupun kota ini sibuk dengan kesesakan lalu lintas, namun ianya masih mempunyai nilai tarikan yang tersendiri. Kota metropolitan yang bingit ini sebenarnya kaya dengan nilai sejarah yang secara rapi telah diletakkan dan dipamerkan dalam bangunan muzium. Anda bleh berkunjng ke muzium terkemuka Museo Sugbo untuk mengamati dan mempelajari nilai sejarah negara Filipina yang berharga.
Sesudah itu, jika anda terasa malam adalah waktu yang paling seronok untuk berjalan-jalan di sekitar destinasi percutian, jangan lupa untuk berkunjung ke Lahug. Di sini, terdapat banyak bar dan kelab malam yang tersergam indah, diterangi pula lampu terang memukau sebagai pembangkit rasa keterujaan sang pengembara ringkas!
Sepanjang anda bercuti di Cebu, anda boleh tinggal di MJ Hotel & Suits, Cebu. Harga bilik bermula RM180 semalam dan telah mendapat maklum balas 4.2/5 bintang dari para tetamu yang pernah menginap di sini.
Untuk keterangan lanjut, sila layari ms.hotels.com.