Baru-baru ini, jenama rangkaian snek biskut terkemuka tanah air, LEXUS oleh Munchy’s yang amat popular dengan produk berasaskan biskut sandwich berkrim serta diperkaya dengan inti berperisa enak itu telah menganjurkan sebuah bengkel untuk membuat set hidangan bento ala Jepun.
Para ibu yang hadir bersama anak kesayangan mereka berpeluang untuk menghabiskan masa keemasan, melakukan aktiviti yang berfaedah lagi menyeronokkan pada hari itu.
Melihatkan keadaan masa kini yang menyukarkan ibu dan anak untuk mencari masa berkualiti bersama, LEXUS sangat komited mengadakan aktiviti seumpamanya untuk membantu para ibu dan anak berkongsi detik-detik indah sebagai sebahagian inisiatif menggalakkan keintiman ibu sebagai seorang model peranan penting dalam proses tumbesaran si cilik.
Personaliti radio dan selebriti berkaliber, Sharifah Aleya telah diundang bersama dengan dua orang anak kembarnya untuk membimbing para tetamu dengan satu demonstrasi membuat set hidangan bento menggunankan sumber makanan berkhasiat sambil ditemani paket biskut mini LEXUS yang mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua.
Sesungguhnya, aktiviti ringkas sebegini lebih efisyen untuk dilakukan bersama meskipun waktu jadual si ibu begitu padat dengan tugasan harian lain yang lebih mustahak. Melalui kempen Detik Penuh Keceriaan oleh LEXUS ini juga, ia secara tidak langsung bisa mengasah bakat si ibu dalam mengubah hala selera anak mereka dengan menghasilkan sesuatu yang lebih menyelerakan serta tampak menarik untuk dinikmati!
Bento adalah set hidangan istimewa gabungan pelbagai jenis makanan yang dihimpun dalam satu bekal menggunakan cara paling kreatif!
Demi menghangatkan lagi aura sambutan Hari Ibu 2016 pada tanggal 8 Mei ini, kempen siri jelajah Detik Penuh Keceriaan LEXUS akan berterusan selama 4 bulan lamanya bermula dari 17 Mac yang lepas di mana, para ibu dan anak tidak ketinggalan berpeluang untuk menyertai bengkel demonstrasi cara membuat bento di beberapa lokasi pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
Lebih menarik, bersempena dengan kemunculan Hari Ibu yang bakal kunjung tiba itu juga, LEXUS dengan berbesar hati ingin memberi ganjaran berganda kepada pasangan ibu dan anak yang paling mesra serta kreatif!
Untuk memenangi pakej percutian keluarga ke Tanjung Rhu, Langkawi selama 3 hari 2 malam, para ibu yang berminat bolehlah mula memuat naik gambar set hidangan bento berasaskan paket biskut mini LEXUS berserta makanan lain dengan cara paling kreatif di laman Facebook peribadi! Jangan lupa untuk selitkan sekali hashtag #LexusDPK!
Rangkaian biskut LEXUS kini terdapat dalam 5 variasi enak termasuklah perisa coklat, mentega kacang, keju, sayuran serta biskut sandwich bersalut coklat yang baru sahaja dilancarkan. Ia ditawarkan dalam pek nilai bersaiz 456/400 gram berharga RM8.75, pek perkongsian 190/200 gram berharga RM5.04, manakala pek tunggal 57 gram adalah pada RM1.23.
Untuk keterangan lanjut berhubung syarat penyertaan peraduan #LexusDPK, sila klik pada pautan www.facebook.com/Munchys.