Drama televisyen Korea sahaja pun sememangnya telah berjaya memonopili kemegahan arena industri hiburan dunia. Bahkan, di samping kehebatan budaya pop Korea yang sering menjadi ikutan trend masa kini, dunia fesyen di sana turut berlari seiring dengan permintaan dan minat netizen moden. Tanpa fesyen, apalah pula makna kecantikkan?
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini jenama rangkaian alat solek serta kosmetik terkemuka yang berasal dari Jepun, Shu Uemura menjalankan kolaborasi sensasinya untuk mengeluarkan beberapa siri koleksi kosmetik edisi terhad bersama KYE!
Siapa yang tidak kenal dengan gadis Korea yang menjadi pujaan para peminat fesyen jalanan artistik si Kathleen Kye ini? Beliau digilai ramai kerana sering tampil dengan hasil rekaan fesyen yang eksentrik serta menakjubkan!
Dah bersedia untuk menyelam ke dunia warni-warni ciptaan KYE-Wave dan Shu Uemura yang tentunya bakal memberi impak funky ke atas diri anda? Dari cetakan pembungkusan yang dipenuhi coretan jenis doodle, hinggalah kepada rona yang dipilih untuk setiap satu gincu, pemerah pipi dan pembayang mata, rata-ratanya kelihatan sangat menonjol dan meriah seperti gula-gula Smarties!
Yang paling menarik, buat julung kalinya, siri pemerah pipi kusyen turut akan disertakan bersama dalam koleksi edisi terhad cetusan KYE dan Shu Uemura ini!
Jika berminat, anda boleh mula dapatkan koleksi edisi terhad Shu Uemura x KYE ini di semua cawangan kaunter dan pengedar jenama kosmetik Shu Uemura yang sah di seluruh Malaysia bermula 1 May 2016!
Untuk keterangan lanjut, sila layari shuuemuramy.com