Logitech Wireless Touch Keyboard K400 Plus, papan kekunci ruang tamu yang membolehkan anda mengawal skrin komputer pada TV.
#1 Direka untuk kawalan yang selesa
Hiburan PC-ke-TV seharusnya tidak menyusahkan. Berehat dan navigasi komputer anda yang dihubungkan dengan TV dari keselesaan sofa anda!
#2 Keyboard wireless bersepadu dengan touchpad
Nikmati kawalan hiburan PC-ke-TV anda tanpa gangguan dan mengalami kesukaran yang disebabkan keyboard dan tetikus yang berasingan.
#3 Liputan wireless 10 meter (sehingga 33 kaki)
Anda boleh menonton video, melayari internet, berbual dengan rakan dan banyak lagi, tanpa sebarang kesukaran atau sambungan terputus yang mengganggu.
#4 Plug-and-play
Tetapan K400 Plus sangat mudah. Pasang Unifying kecil ke dalam port USB dan mula bersenang-senang.
#5 Usia bateri sehingga 18 bulan
Anda mungkin lupa keyboard ini memerlukan bateri.
#6 Boleh digunakan dengan pelbagai sistem operasi
Direka untuk digunakan dengan Windows 7, Windows 8, Windows 10 dan versi terbaru, Android ™ 5.0 atau versi terkini, dan Chrome OS ™.
Logitech Wireless Touch Keyboard K400 Plus boleh didapati semua penjual semula yang dibenarkan, harga runcit yang dicadangkan RM159 termasuk GST.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.logitech.com/K400Plus atau blog.