Pasaran atas talian, 11street (www.11street.com) dan Pasar Seni, salah satu pusat tertua di Kuala Lumpur yang terkenal dengan produk kebudayaan dan kraftangan Malaysia, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan barangan yang terdapat di tempat bersejarah ini kepada pelanggan atas talian.
Pelanggan di seluruh Malaysia kini boleh menyemak imbas dan membeli pelbagai jenis produk dari gabungan pelbagai peruncit dari Pasar Seni, bermula dari peralatan rumah, fesyen, sukan dan percutian, elektronik serta barangan runcit.
“Kini, dengan kehadiran 11street, Pasar Seni tidak lagi bergantung terhadap faktor geografi. Peruncit kini boleh memberi tumpuan dalam melakukan apa yang terbaik – menawarkan kepelbagaian produk yang artistik dan menarik serta servispada harga yang berpatutan– untuk kumpulan pengguna yang lebih luas”, kata Cheong Wai Mun, Pengurus Kompleks Pasar Seni.
Bersempena dengan pelancaran ini, satu siri tawaran dan diskaun promosi sehingga 40% boleh didapati di 11street sehingga 24 February 2017.